Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Sepuluh Tabiat Orang Yang berEQ Tinggi

Orang yang mempunyai EQ yang tinggi:
1. Melabelkan persasaannya dan bukan orang lain atau situasi."Saya rasa tidak sabar." lawan "Ini tak masuk akal."

"Saya rasa dilukai dan pahit". lawan "Anda orang yang tak peka."

"Saya rasa takut." lawan "Kamu memandu seperti orang bodoh."

2. Membezakan pemikiran dengan perasaan.Pemikiran: Saya berasa seperti...& Saya berasa seakan-akan.... & Saya berasa bahawa

Perasaan: Saya rasa: (perkataan perasaan)

3. Bertanggungjawab atas perasaan sendiri."Saya rasa cemburu." lawan "Kamu membuat saya cemburu."
4. Gunakan perasaannya untuk membantu mebuat keputusan."Apakah perasaan saya jika saya melakukan ini?" "Apakah perasaan saya jika saya tidak ..."
5. Menghormati perasaan orang lain..Bertanya "Apakah perasaan anda jika saya buat ini?" "Apakah perasaan anda jika saya tidak buat ini."
6. Berasa bertenaga dan bukan marah.Mereka menggunakan apa yang disebut "kemarahan" untuk membantunya berasa bertenaga dan bertindak produktif.
7. Mengesahkan perasaan orang lain.Menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan akan perasaan orang lain.
8. Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatifnya.Bertanya: "Apakah perasaan saya?" dan "Apakah yang boleh membantu saya berasa lebih baik?"

Bertanya orang lain "Apakah perasaan anda?" dan "Apakah yang boleh membantu anda berasa lebih baik?"

9. Tidak menasihat, mengarah, mengwal, mengkritik, mengadili atau mensyarahkan orang lain.Mereka menyedari tindakan begitu menimbulkan perasaan yang kurang baik, justeru itu mereka mengelakkan perbuatan tersebut.
10. Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya.Seboleh-bolehnya, memilih untuk bergaul dengan orang yang mempunyai EQ yang tinggi.

 

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
2 Julai 2004
http://www.teachersrock.net