Sebelum Ini
Pangkal
Atas
Selepas Ini

Penyelidikan Tindakan: Contoh-contoh

horizontal rule

1. Pengenalan

Bab ini menyenaraikan beberapa contoh penyelidikan tindakan . Bahagian 1 memberi gambaran menyeluruh tentang tiga buah penyelidikan yang telah dilaksanakan di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia . Bahagian II mengandungi ringkasan tiga buah penyelidikan yang telah dilaksanakan di luai negeri . Bahagian III menyenaraikan tajuk-tajuk yang sedang dirancang dan kemungkinan akan dilaksanakan di maktab- maktab perguruan di Malaysia.

  1. Bahagian I: Contoh Penyelidikan Tindakan Di Malaysia
    bulletInstitut Perguruan Sultan Idris: IT - INSET
    bulletMaktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan - PENEMPATAN PENSYARAH
    bulletInstitut Bahasa - PERSOALAN
  2. Bahagian II - Contoh Ringkasan Penyelidikan Tindakan Dari Luar Negeri
  3. Bahagian III - Contoh Tajuk-Tajuk Yang Telah/Sedang Dirancang Di Malaysia

horizontal rule

Bahagian I

horizontal rule

Contoh I :
Tajuk: KAJIAN PERINTIS LATIHAN MENGAJAR BERPASUKAN SEMASA RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DI INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALJM ( 1986)
PERINGKAT 1: TINJAUAN

Setelah membuat renungan mengenai perjalanan peiiyeliaan Latihan Mengajar dan Rancangan Orientasi Sekolah ( ROS ) timbul kesedaran bahawa perkara-perkara berikut yang berlaku

bulletGuru pelatih tidak dapat mengaitkan teori yang dipelajari di maktab dengan praktik.
bulletPihak maktab tidak menggunakan kepakaran sedia ada di kalangan guru-guru sekolah dengan sepenuhnya.
bulletKebanyakan pensyarah tiada pengalaman mengajar di sekolah rendah atau telah lama memnggalkan sekolah.

Beberapa pensyarah memikirkan perlu dibuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan ini . Antara yang difikirkan boleh dibuat ialah merujuk kepada program IT - INSET ( Initial Training And In - Service Education Of Teachers ) yang dljalankan di England.

PERINGKAT 2: PERANCANGAN

Langkah-langkah berikut dijalankan;

bulletMengenal pasti pcmsyarah yang bermmat menjalankan kajian.
bulletlapan orang pensyarah yang berminat diminta fnembaca semua makalah yang ada berkcaitan dengan IT - INSET
bulletPensyarah mengenal pasti ahli pasukan mereka yang terdiri dari seorang guru dan empat guru pelatih bagi setiap kumpulan.
bulletPerbincangan dijalankan di kalangan pensyarah-pensyarah yang berlibat dalam kajian untuk
bulletmemasukkan kajian ini ke dalam program ROS
bulletmengubahsuaikan program IT-INSET yang dijalankan di England dengan situasi di Malaysia
bulletmenimbangkan cara mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi
bulletHasil daripada perbincangan-perbincangan di atas satu pelan tindakan merangkujmi perkara di bawah dibina;
bulletprinsip terlibat
bulletproses/strategi melaksanakan kajian
bulletcara memperolehi data
bulletpersoalan untuk dijawab
bulletpersediaan untuk mereka yang terlibat dalam program
PERINGKAT 3: PELAKSANAAN DAN PEMERHATIAN
bulletSebelum pelaksanaan
  1. Bagi Guru Pelatih terlibat:
    bulletdiberi taklimat berkcnaan kajian
    bulletdiminta memerhati dan menjalankan pengajaran mikro
  2. Bagi Guru Sekolah terlibat
    bulletdijalankan perbincangan mengenai kajian dan peranan mereka
bulletSemasa Pelaksanaan
  1. Pensyarah, guru sekolah dan guru pelatih dalam tiap-tiap kumpulan bincang tentang bidang/tajuk/kemahiran/isi peslajaran yang hendak diajar
  2. Guru pelatih mengajar dan pensyarah. guru serta rakan sebaya yang lain membuat pemerhatian. Guru Pelatih diberi peluang membuat pemilihan mengajar secara individu atau berpasukan.
  3. Perbincangan antara ah1i kumpulan dija1ankan selepas pengajaran. Fokus utama adalah merenungkan tentang
    bulletkaitan antara apa yang dilakukan dengan teori
    bulletpenilaian kendiri
    bulletpembelajaran yang berlaku
    bulletpermasalahan
    bulletdll
  4. Pengajaran-pengajaran yang berikutan diuahsuaikan berdasarkan hasil-hasil perbincangan ini
PERINGKAT 4: RENUNGAN

Data yang  diperolehi dari sesi perbicangan, pemerhatian serta dairi, dianalisis oleh pensyarah dalam passukan dan satu laporan yang merangkumi dapatan dan cadangan disediakan untuk tindakan selanjutnya dalam latihan mengajar.

CATATAN

Ini adalah satu contoh penyelidikan tindakan di mana kolaborasi antara semua pihak hanya berlaku di peringkat pelaksanaan dan pemerhatian. Kolaborasi boleh berlaku lebih awal lagi iaitu bermula dari peringkat tinjauan lagi.

horizontal rule

Contoh 2:
Tajuk: Penempatan Sementara Pensyarah Matematik Maktab Dalam Sekolah Rendah

Yang berikut adalah satu huraian tentang satu projek penyelidikan tindakan yang sedang berlangsung di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

PERINGKAT 1: TINJAUAN
  1. Antara lain, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bagi matematik mempunyai matlamat berikut:
    bulletmurid-murid pencapai rendah (low achievers) hendak lah menguasai kemahiran asas.
    bulletdi samping itu, murid-murid cerdas hendaklah terus maju
    bulletPengukuhan kemahiran asas dan kebolehan mencongak juga dititikberatkan.
  2. Untuk mencapai matlamat di atas. KBSR mengesyorkan seorang guru matematik hendaklah membahagikan kelas diajar kepada kumpulan-kumpulan mengikut kebolehan dan kumpulan-kumpulan tersebut diajar berasingan. Guru-guru pelatih dalam maktab-maktab perguruan dibimbing untuk mengajar matematik seperti disyorkan di atas.
  3. Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan menunjukkan guru matematik yang menggunakan pengajaran secara kelas kerana mereka berpendapat bahawa strategi tersebut adalah lcrbih berkesan.
  4. Kekurangan penyelarasan di antara latihan di maktab dengan amalan di sekolah menimbulkan pelbagai masalah hagi guru pelatih semasa latihan mengajar dan selanjutnya semasa ditempatkan di sekolah.
  5. Program penempatan pensyarah maktab di sekolah rendah merupakan satu peluang untuk mengkaji keadaan ini.
PERINGKAT 2: PERANCANGAN
  1. Rancangan penempatan pensyarah akan melalui tiga perlngkat di mana peranan pensyarah dan guru kelas akan berubah seperti dalam jadual berikul:

Peringkat

Tempoh

Peranan Pensyarah

Peranan Guru

1

2 minggu

Guru pembantu

Pengajar

2

2 minggu

Pemerhati

Pengajar

Resource- person

Pemerhati

3

6 minggu

Pengajar & Penyelidik

Penyelidik & Pengajar

Pensyarah-pensyarah matematik lain akan turut menyertai program ini sebagai ahli pasukan.

  1. Aspek-aspek yang akan diberi perhatian adalah s seperti berikut :
    bulletkeberkesarmn strategi, kaedah dan media pengajaran-pembelajaran;
    bulletpenglibatan aktif guru dan murid dalam pelajaran;
    bulletpengurusan bilik darjah dan kawalan kelas.
  2. Cara-cara pengesancan/ penguirpulan data iTteliputi yang berikut:
    bulletpemerhatian pengajaran;
    bulletrakaman audio dan video;
    bulletlembaran kerja;
    bulletbuku latihan,
    bulletujian aras
    bulletpersediaan mengajar;
    bulletcatatan guru
  3. Jenis-jenis analisis yang boleh dibuat meliputi:
    bullettranskripsi pelajaran;
    bullethasil perbincangan di antara pengajar dan pemerhati tentang keberkesanan strategi, kaedah dan media pengajaran-pembelajaran;
    bulletanalisis kerja murid untuk mengenalpasti konsep-konsep yang belum dikuasai.
  4. Dalam pelaksanaan projek ini, pihak maktab perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Darul Makur dan sekolah-sekolah yang sesuai dan sanggup menyertai program ini.
PERINGKAT 3: PELAKSANAAN DAN PEMERHATIAN

Prosedur-prosedur dalam rancangan perlu dijalankan seperti dirancang. Unsur-unsur baru dan masalah-masalah yang timbul perlu diambil kira.

Rancangan ini melibatkan pengamalan teori dalam pelajaran.

Perlu ditentukan juga sejauh mana strategi-strategi yang dikaji berkesan dan relevan. Ini melibatkan beberapa lingkaran ujikaji dan renungan.

Di samping itu perlu ditentukan juga keberkesanan perhubungan di antara pensyarah dan guru sekolah.

PERINGKAT 4: RENUNGAN

Dalam peringkat ini, penyelidik-penyelidik projek ini perlu merenung soal-soal seperti berikut:

bulletApakah sebabnya sesuatu stratesi itu berkesan?
bulletApakah sebabnya sesuatu strategi itu kurang berkesan?
bulletBolehkah strategi yang kurang berkesan itu diu-bahsuai supaya lebih berkesan?
bulletBagaimana mak.lu?nat diperolehi itu dapat disebarkakn?

Rancangan asal pcrlu dirujuk semula dan aspek-aspek yang sesuai bagi penyelidikan selanjutnya dikenalpasti.

horizontal rule

Contoh 3: TAJUK: MEMPERBAIKI TEKNIK PENYOALAN GURU BAHASA MALAYSIA DI DALAM BILIK DARJAH
PERINGKAT 1: PENINJAUAN

Penyelidikan ini dijalankan sebagai satu langkah untuk memperbaiki fceknik penyoalan guru mata pelajaran Bahasa ?ldlaysia dengan harapan masalah kepasifan (passivity) murid dapat juga diperbaiki. Jabatan Penyelidikan dan Penilaian Diiiasa, Institut Bahasa, dengan kerjasama guru-guru dari beberapa buah sekolah menengah yang berdekatan telah meran-cangkan pengencial ian penyelidikan tindakan ini.

Pada peringkat awal, guru-guru sekolah yang ingin memperbaiki teknik penyoalan mereka bersama-sama dengan satu kumpulan pensyarah Institut Bahasa telah menjalankan perbincangan dan renungan bagi mengenalpasti jenis-jenis aktiviti dan isu-isu yang timbul di dalam kelas semasa teknik penyoalan dijalankan dalam proses pengajaran-pembelajaran. Isu-isu seperti jenis-jenis soalan (terbuka/tertutup), pola penyebaran soalan, tujuan-tujuan soalan dikemukakan, darjah keterbukaan guru dan murid serta corak respon guru terhadap jaapan murid ditimbulkan.

PER1NGKAT 2: PERANCANGAN

Hasil dari itu satu rancangan campurtangan di dalam bentuk aktiviti guru diatur dan disusun.

  1. Langkah 1: Sebelum menjalankan pengajaran, guru diminta untuk menyediakan;
    1. soalan-soalan yang hendak dikemukakan dengan menentukan perimbangan yang sesuai di antara soalan-soalan jenis terbuka dan tertutup;
    2. merangkakan kepada siapa soalan hendak ditujukan
  2. Langkah 2: Semasa pengajaran pula. guru diperingatkan, selain daripada menjalankan (i) dan (ii) di atas ia perlu menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
    1. memberikan ulasan kepada jawapan murid terutama bagi soalan-soalan jenis terbuka
    2. mengubah struhtur soalan untuk menyesuaikan dengan peringkat pencapaian murid
    3. menggalakkan soalan-soalan daripada murid;
    4. memberi pujian serta mengelakkan daripada memberi komen negatit.
PERINGKAT 3: PELAKSANAAN DAN PEMERHATIAN

Langkah 1:
Di dalam peringkat Pelaksanaan dan Pemerhatian seorang pemerhati (pensyarah IB) sebagai penyelidik kolaborasi, menyempurnakan rekod-rekod berikut:

    bulletsenarai semak mengenai jenis soalan;
    bulletjadual interaksi guru-murid;
    bulletjadual akuran (kekerapan) pujian dan ungkapan/komen negalif

Langkah 2:
Di samping itu juga rakaman audio dibuat bagi keseluruhan proses pengajaran yang berlaku. Pada masa yang sama guru hendaklah mencuba membuat pemerhatiannya sendiri yang dimuatkan di dalam dairinya di mana perubahan-perubahan yang berlaku, pendapat-pendapat guru mengenai perubahan-perabahan tersebut direkodkan.

Peringkat pelaksanaan dan pemerhatian telah dijalankan dl dalam pengajaran petikan kefahaman dan perbincangan karangan mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat selama empat minggu. Kesemuanya lima buah tingkatan empat dari lima buah sekolah menengah mengambil bahagian.

PERINGKAT 4: RENUNGAN

Setelah peringkat pelaksanaan dan pemerhatian selesai, guru yang terlibat bersama-sama penyelidik kolaborasi membuat analisis terhadap data dan maklumat yang dikumpulkan Data dan maklumat tersebut terdiri daripada:

  1. Senarai semak jenis soalan
  2. Jadual interaksi yang menunjukkan pola sebaran soalan
  3. Jumlah bilangan pujian dan ungkapan/komen negatif yang dibuat oleh guru;
  4. Maklumat dari transkripsi (rakaman audio);
    1. corak respon dan ulasan guru terhadap jawapan murid
    2. sama ada guru mengubah struktur soalan untuk menyesuaikan dengan kefahaman murid
    3. galakan guru bagi menimbulkan penglibatan murid
    4. darjah keterbukaan guru,

Setiap kumpulan guru dan penyelidik kolaborasi membuat analisis dan keputusan tentang sejauh mana kejayaan yang dicapai dan perubahan yang telah berlaku kepada guru dan proses pengajaran secara umum. Setelah siap laporan analisis,kesemua kumpulan bertemu untuk berbincang dan membuat renungan mengenai pelan tindakan dan hasil yang didapati dengan tujuan untuk memperbaikinya semula jika perlu.

Semua kumpulan kini merasakan mereka lebih memahami proses, teknik dan kemahiran yang perlu ada bagi mengendalikan teknik penyoalan di dalam proses pengajaran-pembelajaran Bahasa Malaysia di dalam kelas masing-masing, Selain dari itu,, perubahan-perubahan yang berlaku secara langsung dapat merangsangkan pemikiran murid dan mengurangkan kepasifan murid.

horizontal rule

Bahagian II

horizontal rule

Beberapa contoh ringkasan Penyelidikan Tindakan yang telah dijalankan oleh guru-guru di negara lain ( Kemims, S. dan McTaggart 1988, His:109 )
bullet
Contoh I:

Seorang guru wanita berminat untuk menyelidik isu-isu jantina dalam kelasnya. Ia meminta bantuan dari rakan baiknya untuk merekodkan kepada sesiapa yang ia kerap bercakap Dalam masa setengah jam guru berkenaan mendapati ia telah bercakap dua kali lebih banyak dengan murid lelaki berbanding dengan murid perempuan walaupun kelas itu mempunyai bilangan murid lelaki dan perempuan yang hampir-hampir sama. Beliau akhirnya dapat mengubah tabiat ini sccara perlahan-lahan dan ia juga terpaksa membantu murid-muridnya untuk mengubah ekspektasi dan kepekaan mereka terhadap soalan yang menyentuh kejantinaan.

bullet
Contoh II:

Seorang guru menghadapi masalah dengan satu kumpulan pelajar Tahun 9 (15 tahun) yang berkelakuan tidak senonoh. Ia mencatatkan segala kenyataan yang bertujuan untuk kawalan semasa ia mengajar. Oleh sebab kerap sangat membuat kenyataan menyentuh tentang disiplin ini telah menyebabkan satu masalah disiplin.

Guru berkenaan seterusnya membawa murid berunding dan menyusun satu peraturan bilik darjah. Ia mendapati masalah disiplin berakhir.

Ia setesrusnya berunding dengan murid-muridnya mengenai kurikulum dan ia berjaya memperolehi satu penemuan yang sangat bernilai. Ia mendapati bahawa strategi pengajaran yang menggalakkan penglibatan aktif murid boleh/akan memotivasikan murid untuk terus belajar.

bullet
Contoh III

Seorang guru Pendidikan Alam Sekitar berasa tidak puas hati dengan ketidakupayaan murid-muridnya mencetuskan soalan-soalan berbentuk inkuiri tentang isu-isu alam sekitar yang kontravesi.

Ia seterusnya menukarkan kaedah pengajarannya dari perbincangan yang dibimbing oleh guru kepada kaedah simulasi mesyuarat 'Majlis Perbandaran’ (yang dipengerusikan oleh guru itu sendiri) yang terdiri dari kumpulan-kumpulan kecil. Murid-murid berkenaan mula menyoal satu sama lain berkaitan isu-isu alam sekitar dengan panjang lebar dan melarang gurunya dari campurtangan dalam perbincangan itu.

Isu pengajaran guru itu kini telah bertukar menjadi 'Bolehkah saya mengambil tempat sebagai pengurus tanpa mempengaruhi tema perbahasan itu.

horizontal rule

BAHAGIAN III

horizontal rule

Tajuk-tajuk yang sedang dirancang di Malaysia

  1. Pensyarah Sebagai Pendidik; Memperbaiki Prestasi Melaiui Pengajaran Berpasukan.
  2. Memperbaiki penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran.
  3. Membaiki kaedah memberi kuliah.
  4. Memperbaiki teknik perbincangan dalam kelas.
  5. Memperbaiki hasil kerja kursus melalui spesifikasi tugas yang lebih jelas.
  6. Memperbaiki kemahiran menyoal.
  7. Memperbaiki sistem perolehan makluman di Bahagian Pendidikan Guru: Tumpuan kepada Unit Perancangan dan Pembangunan.
  8. Program Sandaran pensyarah-pensyarah ke sekolah rendah.

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
18 Oktober 2000
http://www.teachersrock.net