Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Perbezaan Proses Pembelajaran:
Behaviourisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

Aspek
Behaviourisme
Kognitivisme 
Konstruktivisme
Pengetahuan dan tingkah laku - Apakah kaitannya?Pelajar mengadaptasikan tingkah lakunya kepada kontingensi peristiwa dan objektif.

Pembelajaran merupakan pengukuhan hubungan antara isyarat dan tingkahlaku yang dicorakkan oleh akibat. Proses ini disebut pembentukan (shaping). Dengan latihan yang cukup, hubungan ini bertambah kuat dan masa antara isyarat dan tingkahlaku bertambah singkat.

Perubahan tingkahlaku walaupun boleh dikaji tetapi ia hanya merupakan indikator-indikator tentang apa yang berlaku dalam otak pelajar.Terdapat hubungan antara isyarat dengan tingahlaku tetapi tingkahlaku hanya indikator tak langsung tentang keadaan struktur pengetahuan seseorang.

Heuristik
Suatu jenis pengetahuan tentang pemikiran dan pengetahuan yang memandu strategi yang anda boleh gunakan demi membantu pelajar menyelesaikan masalah. 

Anda merupakan pengadil sendiri untuk mempertimbangkan keputusan sendiri.

 

Realiti dan PeraturanPembelajaran berlaku apabila tertubuhnya hubungan yang boleh diramalkan antara sesuatu rangsangan dalam persekitaran, suatu tingkahlaku, dan suatu akibat. Semua orang mempunyai 'sejarah pengukuhan'.
'Sejarah pengukuhan' merupakan keseluruhan pengalaman serta semua hubungan antara rangsang, tingkahlaku dan akibat. Ini akan mempengaruhi tindakan seseorang apabila ia menemui corak rangsangan yang pernah dialami.
Contohnya, anda akan mamandu mengikut cara dahulu yang berjaya walaupun ia bukan cara yang terbaik.

 

Realiti dikuatkuasakan secara sosial dan dipersetujui secara universalnya. Pelajar mencerminkan realiti objektif dengan menggunakan realiti luaran sebagai model mental.

Contohnya, jika anda dibesarkan di Sandakan, anda akan menerima realiti berasaskan pandangan sosial Sandakan. Ini akan mempengaruhi pandangan anda terhadap semua situasi yang dihadapi.

Peraturan melibatkan tindakan. Sekiranya anda melakukan langkah-langkah dengan kerap, prosedur akan menjadi tindakan yang berjalan licin.

 

Pelajar menginterpretasi realiti luaran berasaskan pengalaman individu.
Pengetahuan adalah berdasarkan premis bahawa kita membina perspektif dunia kita dengan menggunakan refleksi pengalaman individu. Kita mencipta peraturan sendiri untuk mencari makna tentang pengalaman sendiri. Dengan menyesuaikan model mental kita untuk merangkumi pengalaman baru, kita mengalami proses pembelajaran.

 

Kawalan PelajarPelajar mengawal latihan tingkahlaku baru berasaskan rangsangan baru sehingga tingkahlau itu menjadi automatik.

Jenis-jenis hubungan antara rangsangan dan tingkahlaku:

Hubungan

Hubungan mudah antara rangsangan unik dan tingkahlaku membawa akibat tertentu.

Contohnya, apabila telefon berdering, anda akan menjawab panggilan.

Rantaian

Hubungan di mana suatu tingkahlaku merupakan rangsangan seterusnya untuk tingkahlaku yang lain.

Contohnya, apabila ingin mengingati numbor telefon, seseorang tidak dapat menyebut empat number akhir tanpa menyebut tiga numbor awal.

Diskriminasi

Ini seolah-olah hubungan tetapi ia melibatkan leibh daripada satu rangsangan yang untuk mencetuskan satu tingkahlaku

Contohnya apabila seseorang menjawab telefon, ia bertindak balas terhadap dua rangsangan:

1. Telefon berdering

2.Dia di rumah (bukan di luar).

Pelajar memproses simbol dan bergelut dengan pengertian simbol tersebut. Ia berkebolehan membezakan pengetuan konsep dan pengetahuan langkah-langkah prosedur yang terlibat dengan konsep. Pengetahuannya diorganisasikan dalam skemanya.

Contohnya, jika seorang ingin bangun ketika jam berdering maka ia perlua mengekalkan pengetahuan tentang konsep 'jam berdering' tetapi mencantumkan konsep ini dengan tindakan bangun. Pengertian atau interpretasi mental tentang 'jam berdering' bertukar kepada 'bangun'. Interpretasi mental yang baru diintegrasikan dalam tindakannya.

Mula-mulanya wujud peraturan. Kemudiannya terdapatnya tindakan.

Peraturan baru: Apabila jam berdering, bangun.

Tindakan baru: Bangun.

Realiti dikawal secara dalaman. Ini mengizinkan pelajar mengawal apa dan bagaimana ia belajar. Manusia mencipta interpretasi sendiri terhadap realiti objektif berasaskan skemanya.

Misalnya, jika seorang menerima 'C' bagi tugasanya, reaksinya mungkin puas hati atau kehampaan, bergantung kepada skemanya. Jika ibu bapanya tidak mementingkan gred maka 'C' boleh dianggap sebagai baik. Skema pelajar telah menganggap bahawa 'C' sebagai memuaskan. 

Sebaliknya, jika pelajar diasuh oleh ibu bapa yang memandangkan gred kurang daripada 'A' adalah tidak memuaskan maka skema pelajar itu akan mencerminkan perkara itu. Jadi apabila pelajar terima 'C' maka ia berasa dirinya kurang berjaya.

 

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
23 Julai 1999
http://www.teachersrock.net