Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Ciri-ciri P&P Konstruktivisme

horizontal rule

Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:
bulletPelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan
bulletMatlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistem
bulletGuru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara
bulletAktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-, kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.
bulletPelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran
bulletSituasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar
bulletSumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenar
bulletPembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan
bulletProses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial.
bulletSikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasa
bulletPenyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan
bulletKesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu
bulletPenerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya
bulletPelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.
bulletKompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplin
bulletPembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada pandangan alternatif
bulletTetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had kebolehannya
bulletPenilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran