Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Desain Pengajaran Konteksual

horizontal rule

Pengajaran konteksual boleh dilakukan dengan berbagai-bagai model. Salah satu desain pengajaran konteksual disebut Contextual Learning Design yang dihuraikan di sini.  

Desain Pengajaran Konteksual (DPK) sebagai model dinamik dan terbuka dapat memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta informasi demi membina pengetahuan sendiri.

DPK mempertimbangkan interaksi antara pelbagai tahap dan unsur pengajaran. Ini memerlukan proses pembelajaran yang luwes dan tidak mengikut susunan bukan konteksual yang berbentuk artifisial. 

Proses ini berfokus kepada perancangan persekitaran dan konteks yang menyokong kehendak pelajar untuk menjadikan pembelajaran bermakna dan membina ilmu sendiri. Salah satu unsur DPK ialah mereka bahan p&p yang boleh membantu pelajar membuat hubungan antara pengalaman dan pengetahuan sedia ada dengan informasi dan kemahiran baru.

Unsur-unsur utama DPK ialah:

bulletBerpusatkan Pelajar
bulletMatlamat DPK
bulletKonteksualisasi sebagai Internalisasi Persekitaran Pembelajaran
bulletPembelajaran Aktif
bulletRenungan
bulletTaksiran

horizontal rule

Berpusatkan Pelajar
Andaian utama DPK ialah pelajar membina pengetahuan sendiri dengan dikenalkan untuk membuat pilihan dan keputusan efektif, menyelesaikan masalah sebenar melalui bimbingan pengajar yang menghulurkan pelajar dengan resos, nasihat, petanda dan peluang untuk refleksi yang dipandu. Justeru itu, model DPK menegaskan pemusatan pelajar di mana:

"The role of instruction is to provide substantive support for student knowledge construction and skill development, and not to provide the principle vehicle for knowledge transmission (Hannafin, 1992)."

Walaupun pelajar dikehendaki membina pengetahuannya sendiri, ini tidak bermakna tidak wujud realiti berkongsi. Proses pembelajaran konteksual yang direka dengan baik akan mempertimbangkan punca konteks diperoleh. Sekiranya konteks ialah tempat kerja, maka wujudlah realiti, konformiti dan piawaian yang dikongsi bersama ditempat kerja. Pengajaran dan bahan pembelajaran kontekstual seharusnya berasaskan realiti-realiti yang dikongsi bersama tersebut.

Salah satu anggapan ialah untuk memandang sematiks atau isi kandungan struktur kognitif adalah unik untuk setiap individu, tetapi sintaks atau struktur adalah berbeza. Ini bererti dalam pembelajaran konteksual, pengajar dan pelajar berkongsi fahaman tentang konsep, prinsip, fakta, proses, prosedur dan aktiviti yang boleh membangkitkan pengalaman bererti dalam pelajar. Yang penting dalam model DPK ialah pelajar dilihat sebagai prosesor aktif untuk pengalaman dan informasi, khasnya dalam menyelesaikan masalah sebenar atau kognisi bersituasi dalam konteks yang relevan (Cognition and Technology Group, 1990).

Matlamat DPK

Antara matlamat model DPK ialah membina dan penggunaan pengetahuan. Mengikut Tennyson (1990), pembinaan pengetahuan merangkumi:

Pengetahuan Declaratif: mengetahui 'apa' tentang informasi atau kemahiran.

Pengetahuan Prosedur: mengetahui 'bagaimana' menggunakan informasi dan kemahiran.

Pengetahuan Konteksual: mengetahui 'bila dan mengapa' informasi dan kemahiran digunakan.

Berasaskan konsep pelajar aktif, matlamat pengajaran perlu berfokus kepada membantu pelajar menjadi pemikir berdikari dan berdaya menyelesaikan masalah sebenar.

Pelajar perlu dibekalkan masa dan peluang untuk membuat, menganalisa, merenung dan membina pengetahuan sendiri.

Konteksualisasi sebagai Internalisasi Persekitaran Pembelajaran

Pengajaran konteksual yang mempromosikan kebolehan penyelesaikan masalah harus menumpukan perhatian kepada perseikitaran pembelajaran. Tujuan persekitaran pembelajaran ilah untuk menyokong pembelajaran; pelajar bukan sahaja memperoleh pengetahuan tetapi memperbaiki kebolehan kognitifnya untuk mengaplikasi dan mengembangkan ilmunya (Tennyson, 1990).

Wilson (1995) mendefinisikan persekitaran pembelajaran sebagai "a place where learners work together and support each other as they use a variety of tools and information resources in their pursuit of learning..." (P.27). Dalam model DPK ini, konteks merupakan fasilitator utama dalam menghasilkan pembelajaran bermakna. Ini bererti menyediakan persekitaran yang dapat mengadakan pembelajaran dalam cara-cara yang bererti.

Hannafin (1992) berpendapat bahawa adalah lebih penting dan produktif untuk menyelitkan unsur-unsur yang dikehendaki dalam aktiviti autentik bersama-sama dengan pengetahuan dan kemahiran dalam persekitaran yang semula jadi. Pembelajaran adalah lebih bermakna jika konteks yang relevan disedia dan distruktur dengan baik. Dalam model DPK, isi kandungan dan konteks mesti terdiri daripada hasil pembelajaran yang mengambilkira pengalaman (baru dan lama) pelajar.

Pengajar sebaik-baiknya memastikan persekitaran pembelajaran mengandungi sokongan, bimbingan, resos, alatan, dan pengalaman autentik. Lantaran itu, peranan pengajar ialah untuk memcipta, memelihara dan menyenggara persekitaran pembelajaran di mana pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran. Pengajar perlu peka tentang kepelbagaian pelajar dari segi sokongan dan jumlah bimbingan yang diperlukan.

Pembelajaran Aktif

Pelajar perlu berada dalam keadaan di mana ia secara aktifnya menangani, mengerja, membincang, membahas dan mencari pengertian tentang informasi dan bahan. Salah satu cara promosi pembelajaran aktif ialah aktiviti pembelajaran berasaskan projek. Namun begitu, pengajaran konteksual tidak semestinya mengutamakan produk dalam projek malah harus memberi perhatian kepada proses yang digunakan untuk menghasilkan produk.

Renungan

Schon (1983) menyatakan bahawa sesuatu situasi tidak wujud dalam keadaan yang sedia ada tetapi dibentuk daripada peristiwa yang membingungkan, menggangu dan kurang pasti. Pelajar mesti melakukan sesuatu untuk mencari pengertian sesuatu situasi yang boleh dikaitkan dengan situasi atau pengalaman sendiri.

Melalui refleksi, pelajar menggunakan pangkalan data kognitif yang terdiri daripada contoh, imej, pengalaman dan tindakan untuk membingkai situasi baru dan menyelesaikan masalah.(Schon, 1987).

Refleksi atas informasi atau pengalaman merupakan tindakan penting dalam proses pembelajaran konteksual. Refleksi membolehkan pelajar melakukan proses sintesis demi mencari persamaan dan perbezaan antara situasi, ilmu teoritikal, pengajaran bilik darjah dan pengalaman yang lalu.

Tidak terdapat model yang mutlak tentang bagaimana proses refleksi boleh berlaku untuk semua pelajar. Model refleksi biasanya dipengaruhi oleh gaya pembelajaran pelajar. Selain itu, prinsip-prinsip konstruktivisme juga penting dalam menolong pelajar menbina pengertian yang menepati 'realiti bersama', piawaian dan hasil pembelajaran yang dijangkakan.

Taksiran

Dalam model DPK, taksiran kendiri merupakan aspenting penilaian yang penting kerana pelajarlah yang membina pengetahuannya sendiri. Taksiran kendiri merangkumi taksiran kualitatif dan proses reflektif atau metakognisi.

Pengajar perlu melakukan penilaian untuk tujuan:

Formatif: diagnosis keperluan pembelajaran, jangkaan pelajar, dan pengalaman pelajar (pengetahuan dan kemahian).

Semasa: diagnosis tentang keperluan pelajar dan pengajaran yang sedang berlangsung.

Suamatif: mengukur pencapaian dalam konteks situasi yang bererti.

Semua aspek penilaian mesti mengambil kira proses dan produk. Selain taksiran kendiri satu lagi unsur yang penting dalam proses taksiran DPK ialah penilaian rakan sebaya. Penyemakan atau penilaian sebaya mencerminkan maklumbalas yang bererti kepada pelajar.

 

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814

Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
23 Julai 1999
http://www.teachersrock.net