Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Senarai Semak P&P Konteksual

horizontal rule

Senarai semak ini digunakan untuk menentukan sejauh mana design pengajaran berbentuk konteksual. Ia boleh digunakan untuk membantu anda menyediakan desain p&p konteksual.

Integrasi

1. Adakah pelajar mempunyai peluang untuk meneliti salingan perhubungan antara pelbagai disiplin atau subjek?
Bagaimanakah pelajar-pelajar meneliti saling perhubungan antara disiplin?

2. Adakah desain pelajaran menggalakkan kolaborasi guru dari pelbagai disiplin?
Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan guru-guru untuk berkolaborasi?

3. Adakah pelajaran menggalakkan perkongsian dengan ahli-ahli dari komuniti yang lebih luas?
Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan perkongsian?

Berfokuskan Konteks

4. Adakah pelajar-pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi tentang artefak autentik yang berasaskan situasi sebenar?
Bagaimanakah pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi artefak autentik?

5. Adakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?
Apakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?

6. Adakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar bagi masa yang panjang?
Bagaimanakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar?

7. Adakah persekitaran konteks menjelaskan pengalaman positif untuk pelajar?
Bagaimanakah konteks persekitaran menjelaskan pengalaman untuk pelajar?

8. Adakah konteks berasaskan dunia sebenar (misalnya amalan autentik tentang dunia kerja)?
Bagaimanakah konteks berasaskan dunia sebenar?

Berpusatkan Pelajar

9. Adakah pelajar dicabar dan dilibatkan secara aktif?
Bagaimanakah pelajar dicabar dan dilibatkan dengan aktifnya?

10. Adakah bukti nyata tentang motivasi dan kreativiti pelajar?
Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar dimotivasi dan menunjukkan kreativiti?

11. Adakah pengalaman pelajar digunakan dalam p&p?
Bagimankah anda mengetahui bahawa pengalaman pelajar diguna pakai?

Amalan Reflektif

12. Adakah pelajar menilai, memeriksa dan merenung tentang latar belakang dan bahan konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?
Bagaimanakah pelajar menilai, memeriksa, dan merenung tentang latar belakang dan bahan konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?

13. Adakah isi kandungan relevan kepada pelajar, bersifat kontempori dan praktikal?
Bagaimana anda mengetahui bahawa isi kandungan relevan kepada pelajar, kontenporari dan praktikal?

14. Adakah pelajar berpeluang untuk mengorganisasikan semula isi kandungan mengikut cara-cara yang bermakna kepada dirinya?
Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar mempunyai kesempatan untuk mengorganisasi semula isi kandungan dalam cara-cara yang bermakna untuk dirinya?

15. Adakah pelajar berpeluang untuk merenung tentang pembelajarannya?
Apakah peluang-peluang pelajar merenung tentang pembelajarannya?

16. Adakah pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?
Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?

17. Adakah pelajar membina interpretasi tentang pemerhatian dan aktiviti serta membentuk hujah tentang keesahan interpretasi tersebut?
Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?

18. Adakah disediakan peluang untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?
Apakah peluang yang anda sediakan untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?

Konformasi

Apakah matlamat dan ekspektasi yang dikaitkan dengan realiti bersama?
Bagaimanakah pelajaran disesuaikan dengan piawaian kebangsaan?

Berkualiti Tinggi

20. Adakan disediakan proses untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti pembelajaran?
Apakah peluang yang disediakan untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti pembelajaran?

21. Adakah disediakan proses peningkatan bahan resos p&p?
Apakah proses yang digunakan untuk meningkatkan bahan resos p&p?

22. Adakah disediakan proses penilaian untuk menentukan masteri pelajar?
Apakah proses yang disediakan untuk penilaian untuk menentukan masteri pelajar?

horizontal rule

 

Disunting daripada:
Dr. Mark L. Merickel
V3.0
Copyright 1998
All rights reserved
School of Education
Oregon State University
Corvallis, OR 97331-3502

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814

Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
23 Julai 1999
http://www.teachersrock.net