Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Motivasi Dalam Desain Instruksi

horizontal rule

oleh Ruth V. Small

horizontal rule

Pengenalan

horizontal rule

Mengembangkan pelajar seumur hidup yang bermotivasi intrinsik, menunjukkan rasa ingin tahu secara intelek, menikmati pembelajaran, dan senantiasa mencari ilmu selepas tamatnya pengajian formal merupakan salah satu matlamat pendidikan. Nanum begitu, kebanyakan penyelidikan motivasi dijalankan di tempat kerja, dan menumpukan perhatian kepada cara-cara memotivasikan pekerja industri agar bekerja lebih keras, cepat dan baik.

Penyelidikan motivasi yang terkini memusatkan kepada pengenalpastian teknik-teknik berkesan untuk memurnikan desain instruksi, meningkatkan pengurusan bilik darjah, dan memenuhi keperluan pelbagai pelajar (Wlodkowski, 1981). Pengkaji-pengkaji motivasi pembelajaran mengaplikasikan beberapa teori dan konsep yang didapati berkesan dalam industri untuk mengembangkan model motivasi demi mengaya dan memurnikan persekitaran pengajaran pembelajaran. Salah satu model ialah ARCS Model of Motivational Design yang dibangunkan oleh John M. Keller dari Florida State University 9Keller, 1983, 1987). ARCS merupakan satu model sistematik untuk mereka instruksi motivasi. Rencana ringkas ini akan menghuraikan Model ARCS, dan melatarkan beberapa cara komponen ARCS boleh digunakan dalam desain instruksi.

 

horizontal rule

The ARCS Model of Motivational Design

horizontal rule

Models ARCS adalah model yang terkenal dan model desain instruksi yang digunakan secara meluas. Mudah, tetapi berdaya tinggi, Model ARCS berakar umbi pada banyak teori dan konsep motivasi, khasnya teori jangkaan-nilai atau expectancy-value (contohnya Vroom, 1964; Porter dan Lawler, 1968).

Dalam teori jangkaan, "usaha" dikenalpastikan sebagai hasilan utama yang boleh diukur. Supaya "usaha' boleh berlaku, dua prasyarat mesti ditetapkan - (1) orang berkenaan mesti menghargai tugas, dan (2) orang tersebut mesti percaya ia boleh berjaya melakukan tugas. Justeru itu, dalam situasi instruksi, tugasan pembelajaran mesti disembahkan dalam cara yang melibatkan dan bererti kepada pelajar; dan dapat menggalakkan jangkaan positif akan kejayaan pencapaian objektif-objektif pembelajaran.

Models ARCS mengenalpasti empat komponen strategi yang penting untuk memotivasikan instruksi:

bullet[A]ttention / Perhatian - strategi untuk memberangsang dan mengekalkan rasa ingin tahu dan minat
bullet[R]elevance / Perkaitan - strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan motif pelajar.
bullet[C]onfidence / Keyakinan - strategi untuk membantu pelajar membangunkan jangkaan positif untuk kejayaan pencapaian pembelajaran; dan
bullet[S]atisfaction / Kepuasan - strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik dan instrinsik. (Keller, 1983)

Keller (1987) membahagikan keempat-empat komponen ARCS kepada tiga sub-komponen stragegik. Penerangan sub-komponen stragegik dan contoh yang releven dengan instruksi adalah seperti berikut.

 

horizontal rule

Attention / Perhatian

horizontal rule

bulletPerangsangan Persepsi: menyediakan novelti, kehairanan, ketakkongruenan (incongruity) atau ketidakpastian. Contoh: Guru menunjukkan gambar yang tidak lengkap atau kotak yang tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal kepada murid-murid.
bulletPerangsangan Inkuiri: stimulasikan rasa ingin tahu dengan mengajukan soalan atau masalah untuk diselesaikan. Contoh: Guru menyampaikan satu senario tentang seseuatu masalah dan mengarahkan murid melukan percambahan idea (brainstorm) penyelesaian yang munasabah berasaskan apa yang telah dipelajari dalam kelas.
bulletKepelbagaian: memasukkan beraneka jenis kaedah dan media untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajar yang berbeza-beza. Contoh: Selepas menyampai dan meneliti isi pelajaran di OHP, murid-murid menjalankan perbincangan dan latihan dalam kumpulan koperatif.

 

horizontal rule

Relevance / Perkatian

horizontal rule

bulletOrientasi Matlamat: menerangkan objektif dan tujuan berkaitan dengan instruksi dan kaedah-kaedah spesifik untuk pencapaian berjaya. Contoh: Guru menjelaskan objektif dan kepentingan objektif pelajaran.
bulletPemadanan Motif: memadankan objektif dengan keperluan dan motif pelajar. Contoh: Guru membenarkan pelajar menyampaikan hasil projek dalam bentuk bertulis, lisan atau grafik demi menyesuaikan gaya dan keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan muridnya.
bulletKebiasaan: menyampaikan isi kandungan dengan cara yang mudah difaham dan boleh berkatian dengan pengalaman dan nilai pelajar. Contoh: Murid-murid diminta memberi contoh tentang pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan konsep yang telah diterima dalam kelas.

 

horizontal rule

Confidence / Keyakinan

horizontal rule

bulletPrasyarat Pembelajaran: memaklumkan pelajar tentang prasyarat pembelajaran dan prestasi serta kriteria taksiran. Contoh: Guru menyediakan pelajar dengan senarai kriteria taksiran tentang projek penyelidikan yang ditugaskan. Selain itu, juga diedarkan contoh-contoh baik projek-projek yang lalu.
bulletKesempatan Berjaya: menyediakan kesempatan mencabar dan bererti untuk pembelajaran berjaya. Contoh: Sebelum memulakan projek penyelidikan, murid-murid dibenarkan untuk berlatih mencungkil dan merumuskan maklumat dari berbagai-bagai sumber. Usaha murid diberi maklumbalas agar murid berasa yakin tentang tugasan yang akan dilakukannya.
bulletTanggungjawapan Kendiri: mengaitkan kejayaan pembelajaran kepada usaha dan kebolehan peribadi pelajar. Contohnya: Guru menulis maklum balas tentang kualiti prestasi pelajar dan memperakukan dedikasi dan kesungguhan pelajar.

 

horizontal rule

Satisfaction / Kepuasan

horizontal rule

bulletPengukuhan Intrinsik:  menyokong dan menggalakkan nikmat intrinsik akibat pengalaman pembelajaran. Contoh: Guru menjemput bekas pelajar untuk memberi perakuan tentang kepentingan kemahiran belajar dalam kerja rumah dan projek kelas.
bulletGangaran Eksrintik: memberi pengukuhan positif dan maklum balas bermotivasi. Contoh: Guru menganugerahkan sijil kepada murid apbila murid telah menguasai satu set kemahiran yang lengkap.
bulletEquiti: memastikan piawaian dan akibat yang konsisten untuk kejayaan. Contoh: Selepas tamatnya projek kumpulan, guru memberi maklum balas berdasarkan kriteria yang telah diedarkan terlebih dahulu.

 

horizontal rule

Rumusan

horizontal rule

Model ARCS dalam desain motivasi adalah pendekatan yang mudah digunakan untuk meningkatkan tarikan motivasi dalam instruksi. ARCS menyediakan kerangka yang kuat untuk mereka dan meningkatkan mutu motivasi dalam berbagai-bagai entiti seperti pengajaran di bilik darjah, penyediaan bahan di internet, dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

 

horizontal rule

Rujukan

horizontal rule

Chemotti, J.T. (1992, June). From nuclear arms to Hershey's kisses: Strategies for motivating students. School Library Media Activities Monthly, 8(10), 34-36. (EJ 446 223)

Keller, J.M.(1983). Motivational design of instruction. In C.M. Reigeluth (Ed.). Instructional design theories and models: An overview of their current status. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Keller, J.M. (1987a, Oct.). Strategies for stimulating the motivation to learn. Performance and Instruction, 26(8), 1-7. (EJ 362 632)

Keller, J.M. (1987b). IMMS: Instructional materials motivation survey. Florida State University.

Keller, J.M. & Keller, B.H. (1989). Motivational delivery checklist. Florida State University.

Porter, L.W. & Lawler, E.E. (1968). Managerial attitudes and performance. Homewood, IL: Dorsey Press.

Schamber, L. (1994). Relevance and information behavior. Annual Review of Information Science and Technolgy, Medford, NJ: Learned Information, Inc. (EJ 491 620)

Small, R.V. (1992, Apr.). Taking AIM: Approaches to instructional motivation. School Library Media Activities Monthly, 8(8), 32-34.

Small, R.V. (1997). Assessing the motivational quality of world wide websites. ERIC Clearinghouse on Information and Technology. (ED number pending, IR 018 331)

Taylor, R.S. (1986). Value-added processes in information systems. Norwood, NJ: Ablex. (ISBN: 0-89391-273-5)

Vroom, V.H. (1964). Work and motivation. New York: Wiley.

Wlodkowski, R.J. (1981). Making sense our of motivation: A systematic model to consolidate motivational constructs across theories. Educational Psychologist, 16(2), 101-110.

 

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610 ex 124
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B>A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS
9 Mac 2000
http://www.teachersrock.net