Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Pembelajaran Eksperiensial
(C. Rogers)

horizontal rule

Overview:

Rogers membezakan dua jenis pembelajaran: kognitif (tak bererti) dan eksperiensial (signifikan). Pembelajaran kognitif merujuk kepada pengetahuan akademik seperti tatabahasa atau sifir. Pembelajaran eksperiensial merujuk pengetahuan yang boleh diaplikasikan seperti pembelajaran tentang enjin untuk membaiki kereta. Perbezaan utama ialah pembelajaran menangani keperluan dan kehendak pelajar. Rogers menyenaraikan kualiti-kualiti pembelajaran eksperiensial: penglibatan kendiri, inisiatif kendiri, penilaian kendiri, dan pengaruh sifat pelajar.

Mengikut Rogers, pembelajaran eksperiential ibarat perubahan dan perkembangan diri. Rogers berpendapat manusia mempunyai kecenderungan semula jadi untuk belajar; peranan guru ialah untuk memudahcarakan pembelajaran tersebut. Ini termasuk: (1) menubuhkan iklim positif untuk pembelajaran, (2) menjelaskan matlamat-matlamat pelajar, (3) mengorganisasi dan menyediakan resos pembelajaran, (4) menyeimbangkan komponen pembelajaran dari segi intelek dan emosi, dan (5) berkongsi perasaan dan pemikiran dengan pelajar tetapi bukan menguasai pelajar.

Menurut Rogers, pembelajaran menjadi mudah apabila: (1) pelajar melibatkan sepenuhnya dalam proses pembelajaran serta dapat mengawal atas sifat dan arahnya, (2) pembelajaran secara langsungnya berasaskan konfrontatasi dengan masalah praktikal, sosial, peribadi atau penyelidikan, (3) penilaian kendiri merupakan kaedah taksiran yang utama tentang kejayaan atau kemajuan. Rogers menegaskan kepentingan pembelajaran untuk belajar serta keterbukaan untuk berubah.

Teori pembelajaran Rogers dievolusikan sebagai sebahagian daripada gerakan pendidikan humanistik (contoh,Patterson, 1973; Valett, 1977).

Skop/Aplikasi:

Teori pembelajaran Rogers berasal daripada pandangannya tentang psikoterapi dan pendekatan humanistik dalam psikologi. Ia dikaitkan dengan orang dewasa dan berpengaruh atas teori-teori pembelajaran orang dewasa seperti Knowles dan Cross. Combs (1982) mengkaji kesan karya-karya Roger terhadap pendidikan. Rogers & Frieberg (1994) membincangkan aplikasi kerangka pembelajaran eksperiensial dalam bilik darjah.

Contoh:

Seorang yang ingin menjadi kaya akan berminat akan buku-buku dan kelas ekonomi, pelaburan, tokoh kewangan, dan perbankan. Individu berkenaan akan mempunyai tanggapan yang berbeza tentang sebarang maklumat mengenai subjek-subjek tersebut berbanding dengan orang yang ditugaskan untuk membaca ketika mengikut sesuatu kelas.

Prinsip-prinsip:

1.      Pembelajaran signifikan berlaku apabila isi pelajaran relevan kepada minat peribadi pelajar.

2.      Pembelajarn yang mengugut konsep kendiri (misalnya sikap dan perspektif baru) adalah lebih mudah diasimilsikan jika ugutan luaran diminimumkan.

3.      Pembelajaran berjalan dengan lebih lancar jika ugutan kepada konsep kendiri adalah rendah.

4.      Pembelajaran yang berinisiatif kendiri adalah paling kekal dan menyeluruh.

Rujukan:

Combs, A.W. (1982). Affective education or none at all. Educational Leadership, 39(7), 494-497.

Patterson, C.H. (1973). Humanistic Education. Engelwood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Rogers, C.R. (1969). Freedom to Learn. Columbus, OH: Merrill.

Rogers, C.R. & Freiberg, H.J. (1994). Freedom to Learn (3rd Ed). Columbus, OH: Merrill/Macmillan.

Valett, R.E. (1977). Humanistic Education. St Louis, MO: Mosby. 

 

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814