Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini
Logo Maktab Perguruan Tawau

horizontal rule

Penerangan Logo Maktab Perguruan Tawau, Sabah

 

 

Komponen

Penerangan

 

 

Huruf ‘T’ dalam bentuk yang kukuh dan mantap menjadi fokus untuk melambangkan nama maktab yang terletak di Tawau.

 

Secara linguistiknya, ‘T’ dikaitkan dengan “Teacher, Training, Transformation, Thinking, Talent, Techniques, Technology, Transcend, Team, Tough, Tiptop, Thriving, Thorough, Transfer, Titantic, Tradition, Trust, Treasure, Triumph, Trophy, Transparent” Selain itu, “T” juga mengilhamkan sifat-sifat cemerlang yang membawa nilai-nilai dan etika Kementerian Pelajaran Malaysia seperti ‘Tuhan, Taat, Tabah, Tabligh, Tafahus, Tahan, Tahu, Tajam, Takwa, Takwim, Tamadun, Tampan, Tasawuf, Tasbih, Tatatertib, Teguh, Tegas, Tegak, Tegap, Tetap, Tuah, Toleren, Tokoh, Tinggi, Terus, Teliti, Tekad, Telaga (ilmu), Tenang, Terbilang, dan Tepat’.

 

 

Bulatan-bulatan kuning emas dari saiz besar hingga infiniti, disusun seperti 5 buah buku terbuka. Ini melambangkan ilmu yang terus progresif, saintifik dan bernilai tinggi. Lima buah buku juga menunjukkan Rukun Negara yang sentiasa dijunjungi.

 

Bulatan-bulatan emasan juga boleh melambangkan titisan air yang paling mustahak untuk kehidupan. Dalam lambang ini, titisan ini melambangkan ilmu yang menjadi asas pendidikan guru demi kemajuan tamaduan dan kemakmuran Malaysia.

 

Sekiranya huruf ‘T’ bergabung dengan bulatan emas utama, ia melambangkan pepimpin yang mampu membawa perubahan, perkembangan, dan peningkatan. Oleh sebab Maktab Perguruan Tawau bertekad untuk memimpin dalam arena pendidikan guru, maka ia akan menjadi ‘bench mark’ dan teladan untuk maktab-maktab yang lain di Malaysia.

 

 

Huruf ‘T’ bercantum dengan titisan air bertukar wajah menjadi pancutan air yang melambangkan “fountain of knowledge” yang tidak akan terputus. Ini bermaksud, Maktab Perguruan Tawau bukan sahaja menyampai dan menyebarkan ilmu pengetahuan malah mampu menjana ilmu melalui penyelidikan dan perkembangan.

 

 

Bulatan biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan dunia di mana Maktab Perguruan Tawau berniat bersaing dengan institusi-institusi antarabangsa dalam bidang pendidikan guru. Wawasan Maktab Perguruan Tawau mencerminkan kehendak kerajaan agar pusat pendidikan di Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di kaca mata dunia.

Warna Putih

Kod Warna: 255, 255, 255

Bersih, suci, dan keikhlasan (Warna tradisi Maktab Perguruan Sandakan)

Warna Kuning Emas

Kod Warna: 255, 204, 51

Kedaulatan undang-undang, kemurnian, dan martabat tinggi. Warna juga merupakan warna tradisi Maktab Perguruan Sandakan dan Bahagian Pendidikan Guru.

Warna Biru

Kod Warna: 51,0,102

Keharmonian dan kekukuhan. Warna ini juga merupakan warna tradisi Maktab Perguruan Sandakan.

Disediakan oleh
Ng Kim Choy,
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan,
Maktab Perguruan Sandakan.
http://www.teachersrock.net