Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Model Penalaran & Tindakan Pedagogi Shulman

horizontal rule

Shulman, L.S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform. Harvard Educational Review, 57(1), 1-22.

Mengikut Shulman (1987) pengetahuan kandungan pedagogi (PCK) merupakan paduan isi kandngan dan pedagogi. PCK merupakan salah satu daripada teras-teras pengetahuan yang harus dimiliki oleh guru. Antara teras-teras pengetahuan yang diertikan ialah

bullet

pengetahuan isi kandungan (content knowledge)

bullet

pengetahuan pedagogi am (general pedagogical knowledge)

bullet

pengetahuan kurikulum (curriculum knowledge)

bullet

pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge)

bullet

pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar (knowledge of learners and their characteristics)

bullet

pengetahuan tentang konteks pendidikan (knowledge of educational contexts)

bullet

pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan (knowledge of educational ends)

PCK memainkan peranan yang penting sebab ia memadukan isi kandungan dan pedagogi untuk pembentukan kefahaman tentang bagaimana topik, masalah, isu diorganisasikan, diwakili dan diadaptasikan demi pelbagai minat dan kebolehan pelajar. Proses pembinaan PCK adalah menurut langkah-langkah dalam Model Penalaran Pedagogi seperti berikut:

KEFAHAMAN
COMPREHENSION

Untuk mengajar, kita perlu memahami isi kandungan dan pelajar. Guru-guru dikehendaki memahami apa yang perlu diajar, jika boleh memahami isi kandungan dengan beberapa cara. Guru juga perlu memahami bagaimana aras perkembangan pelajar mempengaruhi kebolehannya untuk belajar.

TRANSFORMASI
TRANSFORMATION

Idea-idea yang telah difahami mesti ditukar dalam bebepa cara agar ia boleh diajar kepada pelajar. Penalaran melalui pengajaran melibatkan pengalihan dari pemikiran tentang mata pelajaran seperti yang difahami oleh guru ke minda dan motivasi pelajar. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari.

INSTRUKSI
INSTRUCTION

Instruksi (pengajaran) merupakan aspek pedagagi yang terpenting: organisasi dan mengurusan bilik darjah, persembahan penerangan dan huraian yang jelas, memberi dan menyemak tugasan, berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan, proba, jawapan dan tindak balas, serta pujian dan kritikan.

PENILAIAN
EVALUATION

Proses ini merangkumi semakan formal pemahaman pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil pembelajarn yang telah ditetapkan.

REFLEKSI
REFLECTION

Proses ini dilakukan oleh guru apabila ia merenung kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku lalu membina semula, melakonkan semula, dan/atau mengingatkan semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Proses ini menjadi landasan bagi seseorang profesional belajar daripada pengalaman. Usaha-usaha analitik dalam proses ini digunakan untuk memperbaiki pengetahuan kandungan pedagagi (PCK) seseorang.

KEFAHAMAN BARU
NEW COMPREHENSIONS

Ini berupakan satu permulaan baru. Melalui langkah-langkah KEFAHAMAN, TRANSFORMASI, INSTRUKSI, PENILAIAN, DAN REFLEKSI, guru mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan dan pelajar.

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
18 April 2001
http://www.teachersrock.net