Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Panduan Menilai Pemikiran

horizontal rule

oleh Richard Paul dan Linder Elder

Terdapat dua dimensi pemikiran yang harus dikuasai oleh pelajar untuk mempertingkatkan pemikiran. Mereka seharusnya dapat mengenalpasti "bahagian-bahagian" pemikirannya, dan seterusnya dapat menilai kegunaan bahagian-bahagian tersebut seperti berikut:

bulletSemua penalaran (reasoning) bertujuan
bulletSemua penalaran merupakan percubaan untuk memahami sesuatu, menjawab sesuatu persoalan, atau menyelesai sesuatu masalah.
bulletSemua penalaran adalah berasaskan andaian-andaian.
bulletSemua penalaran dibuat dari sudut pandangan tertentu.
bulletSemua penalaran adalah berasaskan data, informasi, dan bukti.
bulletSemua penalaran dinyata dan dibentuk oleh konsep dan idea.
bulletSemua penalaran mengandungi inferens yang membawa kepada kesimpulan dan pengertian data.
bulletSemua penalaran membawa ke suatu pendirian; dan mempunyai implikasi serta akibatnya.

Apakah piawaian intelek sejagat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menilai bahagian-bahagian pemikiran? Antara piawaian yang boleh digunakan ialah seperti kejelasan, kejituan, ketepatan, relevens, keperincian, kelebaran, dan lojik.

Berikut merupakan garis panduan untuk membantu pelajar memajukan kebolehan penalaran.

  1. Semua penalaran berTUJUAN.
    bulletAmbillah masa untuk menyatakan tujuan dengan jelas.
    bulletBezakan tujuan anda dengan tujuan-tujuan yang berkaitan
    bulletSelalu menyemak untuk memastikan anda mengikuti sasaran
    bulletPilih tujuan yang bererti dan realistik
  2. Semua penalaran merupakan percubaan untuk memahami sesuatu, menjawab sesuatu persoalan, atau menyelesai sesuatu masalah
    bulletAmbillah masa untuk menyatakan dengan jelasnya pokok soalan yang dijadikan isu.
    bulletNyatakan soalan dalam pelbagai cara untuk menjelaskan pengertian dan skop.
    bulletBahagikan soalan kepada soalan-soalan kecil.
    bulletKenalpastikan soalan yang mempunyai jawapan tunggal; yang merupakan pendapat, atau yang memerlukan penalaran dari lebih dari satu sudut pandangan.
  3. Semua penalaran adalah berasaskan andaian-andaian
    bulletNyatakan dengan jelas andaian-andaian anda dan tentukan sama ada andaian munasabah.
    bulletTimbangkan sebagaimana andaian membentuk sudut pandangan anda.
  4. Semua penalaran dibuat dari sudut pandangan tertentu
    bulletKenalpastikan sudut pandangan anda.
    bulletCari sudut pandangan lain dan kenalpasti kekuatan dan kelemahannya.
    bulletSeboleh-bolehnya mempertimbangkan semua pandangan dengan adil.
  5. Semua penalaran adalah berasaskan data, informasi, dan bukti
    bulletPastikan idea dan penalaran disokong oleh data yang dimiliki
    bulletCari informasi yang menyokong dan menyangkal kedudukan anda
    bulletPastikan informasi yang digunakan adalah jelas, jitu, dan relevan kepada persoalan atau isu.
    bulletPastikan anda telah mengumpul informasi yang mencukupi
  6. Semua penalaran mengandungi inferens yang membawa kepada kesimpulan dan pengertian data
    bulletKenalpastikan konsep utma dan huraikannya dengan jelas.
    bulletPertimbangkan konsep atau definisi alternatif.
    bulletPastikan anda menggunakan konsep dengan berhati-hati dan jitu.
  7. Semua penalaran mengandungi inferens yang membawa kepada kesimpulan dan pengertian data
    bulletBuat inferens hanya berdasarkan bukti kukuh
    bulletSemak inferens untuk menentukan konsistensi antara satu sama lain
    bulletKenalpastikan andaian-andaian yang membawa kepada inferens
  8. Semua penalaran membawa ke suatu pendirian; dan mempunyai implikasi serta akibatnya
    bulletTelitikan implikasi dan akibat yang mengekori penalaran anda
    bulletCari implikasi negatif mahupun positif
    bulletPertimbangkan semua akibat yang berkemungkinan

     

    horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814

Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
14 Februari 2000
http://www.teachersrock.net