Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Refleksi :
Kemahiran Sosial Dalam Kumpulan Koperatif

horizontal rule

Dalam pembelajaran koperatif, kemahiran sosial dalam kumpulan merupakan asas kejayaan pembelajaran koperatif. Kemahiran berkenaan tidak akan dimiliki tanpa perancangan oleh guru yang ingin menjayakan pembelajaran koperatif. Antara kemahiran sosial dan peranan yang seiring dengannya ialah seperti jadual berikut:

Jadual Kemahiran  & Peranan Sosial

Kemahiran Sosial
Peranan Sosial
Menggalakan orang lain:
menggalakan penglibatan ahli yang pendiam dan kurang yakin agar lebih yakin; mula bertindak sebelum seseorang ahli bercakap; contoh: "Adalah eloknya kita mendengar pendapat Mohd."

Penggalak (Encourger)

Memuji orang lain:
memuji usaha orang lain; bertindak selepas seseorang bercakap; contoh: "Itu idea yang baik".

Pemuji (Praiser)

Menyambut kejayaan & pencapaian:
memimpin ahli kumpulan dalam meyambut dan meraikan kejayaan ahli kumpulan; tidak seperti Pemuji yang memuji; menjadi pemimpin dalam sorakan; contoh: "Mari kita berikan tepukan kepada Mohd." 

Penyambut Kejayaan (Cheerleader)

Menyeimbangkan penglibatan peserta-peserta:
memastikan penglibatan yang seimbang antara ahli kumpulan; meningkatkan penglibatan ahli yang kurang bercakap dan "memperlahankan" ahli yang terlalu banyak bercakap; contoh: "idea Mohd itu menarik, apakah pendapat Mad?", "Mad, adakah anda setuju dengan pendapat Mohd.?"

Penjaga Libatan (Gatekeeper)

Membantu, membimbing & menasihat:
Jurulatih membantu ahli pasukan menguasai isi kandungan akademik, tetapi berhati-hatinya agar tidak menyelesaian masalah untuk ahli pasukannya; contoh: "Ingat formula pertama?", "Eloknya jika anda semak semula soalan no. 2."

Jurulatih (Coach)

Meminta pertolongan:
sekali sekalanya memeriksa pasukanya sama ada timbul soalan atau tidak. Jika timbul soalan, ia memastikan soalan itu dibincangkan untuk mendapatkan jawapan. Sekiranya semua ahli kumpulan tidak dapat menjawab sesuatu soalan, soalan itu menjadi soalan pasukan dan Komander menggunakan isyarat senyap untuk memaklumkan guru bahawa semua ahli menghadapi masalah. 

Komander Soalan (Question Commander)

Menyemak & memeriksa pemahaman:
memastikan semua ahli telah menguasai isi kandungan. Contoh: "Marilah kita buat satu soalan secara berseorangan sementara ahli lain memerhati untuk memastikan semua ahli telah faham dan dapat menduduki peperiksaan kelak."

Penyemak (Checker)

Mengawas perjalanan tugasan:
memastikan semua ahli menjalankan tugasan yang telah ditetapkan. Ia menggunakan peringatan positif seperti : "Kita belum menyiapakan tajuk 3 lagi" tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan peringatan negatif seperti "Jangan main-main!".

Pengawas Tugas (Taskmaster)

Merekod idea-idea:
menulis hasil perbincangan dan jawapan dalam kumpulan. Ada kalanya ia bertanggungjawab untuk memastikan semua isi penting dicatat dengan tepatnya.

Pencatat (Recorder)

Merenung tentang kemajuan kumpulan:
memimpin kumpulan dengan menoreh ke belakang. Proses kumpulan bertambah baik jika Perenung merumus dan mencerminkan perbincangan kumpulan. Ia juga memimpin kumpulan untuk merenung tentang kemahiran mingguan seperti "Adakah kami membuat kerja dengan baik?".

Perenung (Reflector)

Tidak menggangu orang lain:
memastikan pasukan tidak bercakap dengan suara yang terlalu kuat dan mengganggu orang lain. Guru boleh menetapkan tahap bunyi / suara dengan sukatan "Suara 12 inci" atau "Suara 6 inci". Kapten Senyap memastikan ahlinya mematuhi kehendak "Suara 6 inci".

Kapten Senyap (Quiet Captain)

Mengedar bahan pembelajaran:
mengambil dan memulangkan bahan p&p dan memastikan tempat bersih dan kemas selepas sesuatu aktiviti

Ketua Bahan (Materials Monitor)

 

Senarai semak ini membantu pelajar merenung penglibatan diri dan ahli kumpulan dalam aktiviti kumpulan seperti perbincangan, penyelesaian masalah atau brain storming.

  1. Apakah sepatah perkataaan yang anda boleh gunakan untuk menghuraikan kumpulan anda hari ini.?
  2. Apakah sepatah perkataan yang anda gunakan untuk menghuraikan apa yang anda inginkan daripada kumpulan?
  3. Adakah semua ahli melibatkan diri?
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  4. Adakah anda  (ahli-ahli kumpulan lain) cuba menyenangkan perasaan orang lain?
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  5. Adakah anda menolong orang lain menyumbang dan menyampaikan pendapat dengan mudah.
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  6. Adakah anda mendengar apa yang disampaikan oleh ahli kumpulan?
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  7. Adakah anda menunjukkan bahawa anda mendengar dengan mengangguk kepala semasa orang lain bercakap?
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  8. Adakah anda bertindak balas kepada sumbangan idea atau soalan orang lain dengan kata-kata seperti "...idea itu baik", "...OK idea itu", "...bagus".
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  9. Adakah anda saling menyoal antara satu sama lain?
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  10. Adakah anda mendengar soalan ahli kumpulan lain dan bersungguh-sungguh cuba menjawabnya?
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  11. Adakah anda menumpukan perhatian kepada ahli kumpulan lain?
    bulletSentiasa
    bulletKadang-kadang
    bulletSekali-sekala
    bulletJarang-jarang (Mengapa?)
    bulletTidak (Mengapa?)
  12. Adakah sesiapa tertentu sahaja yang bercakap kebanyakan masa?
    bulletYa
    bulletTidak

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS
29 September 2000
http://www.teachersrock.net