Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Rubik Pemarkatan Pemikiran Kritis Holistik

horizontal rule

oleh Facione & Facione

Rubik ini merupakan satu panduan untuk menilai prestasi kemahiran berfikir secara holistik. Ia digunakan bersama-sama dengan ujian objektif serta ujian lain untuk menetapkan tahap pemikiran kritis.

SKOR

KRITERIA

4

Secara konsistennya melakukan (hampir) semua perkara berikut:
  1. Menginterpretasi dengan tepatnya bukti, penyataan, grafik, soalan, dll.
  2. Mengenalpasti isu perbahasan yang penting (hujah dan tuntutan) pro dan kontra.
  3. Menganalisa dan menilai dengan teliti pandangan alternatif yang utama.
  4. Membuat kesimpulan yang adil, dikehendaki, dan berasas.
  5. Mengesahkan semua keputusan dan prosedur.
  6. Menerangkan sebanyakan andaian dan sebab-sebab.
  7. Mengikut dengan adilnya, turutan bukti dan hujah.

3

Melakukan kebanyakan perkara berikut:
  1. Menginterpretasi dengan tepatnya bukti, penyataan, grafik, soalan, dll.
  2. Mengenalpasti isu perbahasan yang penting (hujah dan tuntutan) pro dan kontra.
  3. Menganalisa dan menilai secara amnya pandangan alternatif yang utama.
  4. Membuat kesimpulan yang adil, dikehendaki, dan berasas.
  5. Mengesahkan kebanyakan keputusan dan prosedur.
  6. Menerangkan sebahagian andaian dan hujah-hujah.
  7. Mengikut dengan adilnya, turutan bukti dan hujah.

2

Melakukan kebanyakan perkara berikut:
  1. Menginterpretasi dengan salahnya bukti, penyataan, grafik, soalan, dll.
  2. Gagal mengenalpasti isu perbahasan yang penting (hujah dan tuntutan) pro dan kontra.
  3. Menganalisa dan menilai secara permukaan sahaja pandangan alternatif yang utama atau mengabaikan sama sekali pandangan alternatif.
  4. Membuat kesimpulan yang berat sebelah, tidak adil, tidak dikehendaki, dan tidak berasas.
  5. Mengesahkan sedikit sahaja keputusan dan jarang menerangkan prosedur.
  6. Mengenepikan turutan bukti dan hujah dan mempertahankan pendirian yang berasaskan kepentingan diri atau konsepsi awal.

1

Secara konsistennya melakukan (hampir) semua perkara berikut:
  1. Memutarbelitkan interpretasi  bukti, penyataan, grafik, soalan, dll.
  2. Gagal mengenalpasti isu perbahasan yang penting (hujah dan tuntutan) pro dan kontra.
  3. Menganalisa dan menilai dengan ceteknya pandangan alternatif yang utama atau mengabaikan sama sekali pandangan alternatif.
  4. Membuat kesimpulan yang berat sebelah, adil, tidak dikehendaki, dan tidak berasas.
  5. Tidak membuktikan asas keputusan dan tidak menerangkan prosedur.
  6. Tidak menerangkan andaian dan hujah-hujah.
  7. Mengenepikan turutan bukti dan hujah dan mempertahankan pendirian yang berasaskan kepentingan diri atau konsepsi awal.

 

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B>A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS
24 Februari 2000
http://www.teachersrock.net