Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Rubik Kolaborasi

horizontal rule

Kolaborasi antara pelajar dalam menyiapkan projek atau kerja kursus berportfolio melibatkan unsur intelek, emosi dan sosial. Keberkesanan kolaborasi antara pelajar menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan serta tolak ansur seseorang. Rubik Kolaborasi ini merupakan satu panduan untuk menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah.  Dalam pada itu, pelatih boleh menggunakan kriteria pemarkatan kolaborasi untuk menilai diri sendiri dalam kolaborasi dan koperasi dengan orang lain.

 

SKOR

KRITERIA

4

Pemahaman Yang Menyeluruh

Secara konsistennya melakukan (hampir) semua perkara berikut:

  1. Berusaha dengan konsisten dan aktifnya untuk mencapai matlamat-matlamat kumpulan.
  2. Peka akan perasaan dan keperluan pembelajaran ahli-ahli kumpulan.
  3. Rela dan dengan senang hatinya menerima dan memainkan peranan individu dalam kumpulan.
  4. Menyumbang dengan aktifnya pengetahuan, pendapat, dan kemahiran dalam kumpulan.
  5. Menghargai dan menggalakkan pengetahuan, pendapat dan kemahiran daripada semua ahli kumpulan.
  6. Membantu kumpulannya mengenal pasti perubahan yang dikehendaki serta menggalakkan tindakan kumpulan untuk perubahan.

3

Pemahaman Yang Baik

Melakukan kebanyakan perkara berikut:

  1. Berusaha ke arah matlamat-matlamat kumpulan tanpa digesa.
  2. Menerima dan memainkan peranan individu dalam kumpulan.
  3. Menyumbang pengetahuan, pendapat, dan kemahiran dalam kumpulan tanpa digesa.
  4. Menunjukkan keprihatinan akan perasaan orang lain.
  5. Rela melibatkan diri dalam perubahan kumpulan yang dikehendaki.

2

Pemahaman Yang Memadai

Melakukan kebanyakan perkara berikut:

  1. Berusaha ke arah matlamat-matlamat kumpulan dengan digesa dari semasa ke semasa.
  2. Memberi sumbangan kepada kumpulan dengan digesa dari semasa ke semasa.
  3. Menunjukkan keprihatinan akan perasaan orang lain.
  4. Melibatkan diri dalam perubahan kumpulan yang dikehendaki dengan digesa dari semasa ke semasa.

1

Perlu Pembaikan

Secara konsistennya melakukan (hampir) semua perkara berikut:

  1. Berusaha ke arah matlamat-matlamat kumpulan hanya apabila digesa.
  2. Memberi sumbangan kepada kumpulan hanya apabila didesak.
  3. Perlu diingatkan agar menunjukkan keprihatinan akan perasaan orang lain.
  4. Melibatkan diri dalam perubahan kumpulan yang dikehendaki hanya apabila didesak dan diberi galakkan.

 

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
13 Mei 2000
http://www.teachersrock.net