Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Paras-paras Pemprosesan
(F.Craik & R.Lockhart)

horizontal rule

Overview:

Kerangka paras-paras pemprosesan diutarakan oleh Craik & Lockhart (1972) sebagai alternatif teori-teori ingatan yang mengandaikan tahap-tahap untuk ingatan sensori, kerja dan jangka panjang. Mengikut kerangka paras-paras pemprosesan, informasi rangsangan diproses di pelbagai paras secara serentak mengikut ciri-cirinya. Semakin mendalam pemprosesan sesuatu isi, semakin kuat isi itu diingati. Contohnya, informasi yang melibatkan imej atau banyak kaitan dengan pengetahuan yang sedia ada akan diproses di paras yang lebih mendalam. Dalam pada itu, informasi yang diperhatikan menerima lebih pemprosesan berbanding dengan peristiwa/rangsangan yang lain. Teori ini juga menyokong dapatan bahawa seseorang mengingati sesuatu yang bererti kepadanya kerana ingatan itu memerlukan lebih pemprosesan daripada rangsangan yang tidak bererti. 

Pemprosesan informasi di paras-paras berbeza adalah tidak disedari dan automatik melainkan kita menumpukan perhatikan pada paras itu. Misalnya, kita biasanya tidak menyedari sifat-sifat sensori sesuatu rangsangan, atau apa yang ada dalam ingatan kerja, kecuali kita diminta mengenalpasti informasi tersebut. Ini bererti mekanisme menumpukan perhatian merupakan suatu gangguan dalam pemprosesan dan bukan suatu proses kognitif.

D'Agostino, O'Neill & Paivio (1977) membincangkan perhubungan antara dual coding theory dan kerangka paras-paras pemprosesan. Teori-teori lain yang berkaitan dengan paras-paras pemprosesan dibincangkan oleh Rumelhart & Norman and Soar .

Skop /Aplikasi:

Aplikasi utama kerangka paras-paras pemprosesan didapati dalam persekitaran pembelajaan verbal (seperti hafalan senarai perkataan); bagaimanapun ia juga digunakan dalam bacaan dan pembelajaran bahasa (contohnya, Cermak & Craik, 1979).

Contoh:

Perfetti (dalam Cermak & Craik, 1979) memperluaskan kerangka paras-paras pemprosesan kepada kefahaman bahasa. Ia mencadangkan tujuh paras: akoustik, fonologi, syntakik, sematik, rujukan, tematik dan fungsi. Paras pertama biasanya berbentuk terus manakala paras keempat (sematik) merupakan interpretasi yang sedar tentang ungkapan atau ayat. Pemprosesan tiga paras terakhir bergantung kepada konteks dan akan mengakibatkan kefahaman sekiranya tidak timbulnya ketaksaan. Sebarang paras boleh disedari jika masalah wujud (loghat atau aksen yang kuat serta tulisan tangan yang kurang baik).

Prinsip-prinsip:

1. Semakin kuat pemprosesan informasi semasa pembelajaran, semakin kuat ingatannya.

2. Pemprosesan akan menjadi automatik kecuali perhatian difokuskan kepada paras tertentul

Rujukan:

Cermak, L. & Craik, F. (1979). Levels of Processing in Human Memory. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Craik, F. & Lockhart, R. (1972). Levels of processing: A framework for memory research. Journal of Verbal Learning & Verbal Behavior, 11, 671-684.

D'Agostino, P. R., O'Neill, B. J., & Paivio, A. (1977). Memory for pictures and words as a function of level of processing: Depth or dual coding? Memory & Cognition, 5, 252-256.

horizontal rule

 

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814

Disediakan oleh:
Ng. Kim Choy
(M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
13 Ogos 1999
http://www.teachersrock.net