Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Taksonomi Kognitif: Gaya Abstrak-Rambang

Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

 

Aras Kognitif
Tingkah laku Pelajar
PenilaianPelajar dapat melakukan penilaian:
- kenyataan berunsur nilai
- penghargaan
- syor
SintesisPelajar dapat:
- mencipta produk yang astetik, emosi, atau hasil interpretatif, seperti kerja seni (visual atau persembahan), puisi, muzik, temuduga, kaunseling, dan laporan.
- memimpin kumpulan koperatif,
- mengarang, berimaginasi, dan membimbing
AnalisisPelajar dapat:
- mengikuti perbincangan kumpulan yang intensif
- mendefinisi dan membebakan emosi dan perasaan
- membangunkan hubungan antara idea, manusia dan produk
- mengaitkan ungkapan artistik dengan pengertian verbal
- Fasilitasikan pembelajaran koperatif
AplikasiPelajar mengikuti arahan untuk
- mengajar rakan sebaya
- mengorganisasikan projek kumpulan
- memindahkan pengertian interpersonal, emosi dan psikologi
- menyimpan jurnal
- memahami imageri panduan, seni, metafora, dan filem sebagai karya interpretif
KefahamanPelajar dapat:
- menerangkan emosi dan perasaan
- memahami muzik, filem, and seni sebagai ungkapan atau interpretasi perasaan atau hubungan
- menggunakan kerja kumpulan untuk menyatakan idea
PengetahuanPelajar dapat:
- mengumpuln maklumat dari pelbagai sumber, termasuk manusia dan tindak balas manusia
- menggunakan muzik, filem, televisyen, dan seni untuk menyampaikan perasaan
- menggunakan kerja kumpulan untuk mengumpul pelbagai idea

 

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814

Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
23 Julai 1999
http://www.teachersrock.net