Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Senarai Semak Ciri-ciri Belia Yang Pernah Menyebabkan Kematian Kejam Di Sekolah

horizontal rule

Memandangkan kes-kes keganasan di sekolah mendapatkan perhatian ramai maka adalah baiknya disediakan satu senarai semak untuk mengesan pelajar yang berpotensi melibatkan diri dalam keganasan di sekolah.

Senarai semak diperolehi oleh Pusat Kebangsaan Keselamatan Sekolah di Amerika Syarikat selepas menjalankan kajian tentang kematian yang kejam di sekolah sejak Julai 1992. Belia-belia yang menyebabkan kematian tersebut menunjukkan ciri-ciri am yang dikaitkan dengan kemungkinan mencederakan diri atau orang lain. Belia-belia yang bermasalah ini biasanya bercerita tentang kesi buli, rasa penyingkiran, kemarahan, kekecewaan dan kehampaan. 

Walaupun senarai semak ini tidak menjaminkan kejayaan sepenuhnya untuk mengenal pasti pelajar yang berbahaya, namun ia merupakan suatu titik tolak. Senarai semak ini boleh memberi kesedaran kepada pentadbir, guru, dan staf sokongan tentang masalah pelajar dan menangani masalah berkaitan melalui perjumpaan dengan ibu bapa, kaunseling, bimbingan serta perkhidmatan mentor.

1. _____ Mempunyai sejarah penunjukan kelakuan dan letusan perasaan marah yang tidak dapat dikawal.
(Has a history of tantrums and uncontrollable angry outbursts).

2. _____ Mempunyai keperibadian untuk memaki, dan menggunakan bahasa kesat.
(Characteristically resorts to name calling, cursing or abusive language).

3. _____ Lazimnya membuat ancaman kejam apabila berasa marah.
(Habitually makes violent threats when angry).

4. _____ Pernah membawa senjata ke sekolah.
(Has previously brought a weapon to school).

5. _____ Mempunyai latar belakang masalah disiplin yang serius di sekolah dan komuniti.
(Has a background of serious disciplinary problems at school and in the community).

6. _____ Mempunyai latar belakang penggantungan kepada dadah, arak atau penyalahgunaan bahan lain.
(Has a background of drug, alcohol or other substance abuse or dependency).

7. _____ Berada di pinggir kumpulan sebayanya dan mempunyai amat sedikit rakan karib.
(Is on the fringe of his/her peer group with few or no close friends).

8. _____ Leka akan senjata, bahan letupan atau bahan pembakar.
(Is preoccupied with weapons, explosives or other incendiary devices).

9. _____ Pernah ponteng sekolah, digantung atau dibuang sekolah.
(Has previously been truant, suspended or expelled from school).

10. _____ Bertindak kejam kepada haiwan.
(Displays cruelty to animals).

11. _____ Tidak menerima pengawasan dan sokongan daripada ibu bapa atau orang dewasa yang berprihatin.
(Has little or no supervision and support from parents or a caring adult).

12. _____ Pernah menyaksikan atau merupakan mangsa penderaan atau pengabaian di rumah.
(Has witnessed or been a victim of abuse or neglect in the home).

13. _____ Pernah diugut kanak-kanak yang lebih kecil dan/atau diugut oleh rakan sebaya.
(Has been bullied and/or bullies or intimidates peers or younger children).

14. _____ Berkecenderungan untuk menyalahkan orang lain atas masalah dan kesukaran yang disebabkan oleh diri sendiri.
(Tends to blame others for difficulties and problems s/he causes her/himself).

15. _____ Lazimnya suka menonton pertunjukan TV, tayangan gambar atau muzik yang menunjukkan tema dan tindakan kejam.
(Consistently prefers TV shows, movies or music expressing violent themes and acts).

16. _____ Mengajukkan bahan bacaan tentang tema, ritual dan penderaan ganas.
(Prefers reading materials dealing with violent themes, rituals and abuse).

17. _____ Mencerminkan kemarahaan, kehampaan dan kemuraman tentang hidup di sekolah dalam projek bertulis atau esei.
(Reflects anger, frustration and the dark side of life in school essays or writing projects).

18. _____ Terlibat dengan geng atau kumpulan anti-sosial yang tidak diterima oleh sebaya.
(Is involved with a gang or an antisocial group on the fringe of peer acceptance).

19. _____ Selalunya berasa depresi dan/atau mempunyai pertukaran mod yang nyata.
(Is often depressed and/or has significant mood swings).

20. _____ Pernah mengugut atau cuba membunuh diri.
(Has threatened or attempted suicide).