Pangkal
ROS
Praktikum

Pengajaran Berpasangan

Konsep

Satu strategi yang melibatkan dua orang peserta kursus bekerjasama merancang p&p, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa praktikum.

Objektif

Peserta kursus dapat:

  1. mewujudkan kerjasama di kalangan peserta kursus secara formal berasaskan ungkapan "two heads are better than one".
  2. berfikir dan berbincang mengenai teknik p&p, cara-cara meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka.
  3. berlatih dan mencuba pelbagai kemahran p&p.
  4. mengkaji kelemahan p&p mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya.
  5. memerhati p&p orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai.
  6. meningkatkan kreativiti.
Garis Panduan
  1. Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut:
    1. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:
      1. Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar.
      2. Kemahiran Mengajar
      3. Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang berlainan.
    2. Proses pembelajaran berlaku melalui:
      1. perbincangan,
      2. pemerhatian,
      3. maklum balas
    3. Jenis-jenis interaksi
      1. "Tandem": proses dalam pengajaran berpasangan di mana dua orang peserta kursus bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu pelajaran.
      2. "Berpasukan": proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang peserta kursus bersama-sama merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan.
      3. "Individu": proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang peserta berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan.
  2. Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan pada minggu kedua hingga keempat Praktikum Fasa I.
  3. Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak Jawatankuasa Praktikumm, seperti menyediakan senarai semak bagi panduan membuat pemerhatian dan perbincangan.
  4. Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberi gred.
Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Pengajaran Berpasangan
  1. Pensyarah perlu menyedarkan peserta kursus bahawa percanggahan idea perlu diatasi secara profesional.
  2. Peserta kursus dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran berpasangan akan dijalankan.
  3. Guru pembimbing/pensyarah penyelia memastikan pengajaran berpasangan dijalankan.
  4. Peserta kurusu diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.