![]()
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
oleh POH SIEW BOON, JABATAN ILMU PENDIDIKAN, MPSS Anyone can become angry - that is easy. 1. Pendahuluan Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dan pendidik sekarang semakin mencabar. Mungkin yang lebih susah lagi ialah menjadi seorang kanak-kanak. Pada zaman ini kanak-kanak banyak menerima pengaruh dan gangguan. Kita dan anak-anak kita akan menanggung akibatnya apabila terlalu menitikberatkan kecerdasan mereka dan mengabaikan hati naluri mereka 2. Mengapakah kemahiran emosi perlu diajar? Pada zaman moden ini masyarakat kini banyak menghadapi tekanan emosi kerana corak kehidupan yang sibuk. Kanak-kanak lebih cenderung naik radang dan agresif disebabkan oleh perubahan yang kompleks dalam corak sosial seperti pengaruh negatif televisyen dan media massa, kurangnya rasa hormat kepada sekolah sebagai sumber kewibawaan dan kurangnya masa yang diluangkan oleh ibu bapa untuk bersama-sama anak-anak mereka. Bagaimanakah kita boleh melahirkan anak-anak yang riang, sihat dan produktif? Kita boleh mengubah cara perkembangan otak kanak-kanak. Kita boleh mengajar kanak-kanak cara-cara mengubah biokimia emosi mereka, lantas membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih mudah, dengan mengawal emosi supaya lebih gembira. Serotonin adalah salah satu daripada bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmitters yang menghantar mesej emosi dari otak ke bahagian-bahagian badan yang lain. Menurut ahli psikologi Michael Norden dalam bukunya Beyond Prozac, kita boleh melatih otak kita untuk mengeluarkan serotonin dengan makanan yang seimbang (healthier diet), bersenam dan mendapat masa tidur yang mencukupi. Peningkatan serotonin dihubungkaitkan dengan kurangnya perlakuan mengikut gerak hati dan agresif. Kajian-kajian terkini mendapati bahawa kecerdasan emosi dapat diajar iaitu ia boleh meningkat secara automatik melalui latihan emotional regulation (ER). ER mengubah sesuatu emosi kepada emosi yang lain dengan mengubah motivasi daripada mengelak atau menyerang kepada mengubati atau membaiki. Emotional regulation converts:
Tiga perkara penting dalam mendidik kanak-kanak yang mempunyai EQ yang tinggi ialah masa, minat dan kemahuan untuk menikmati cabaran mendidik kanak-kanak. 3. Apa dia EQTerdapat tiga aspek emosi iaitu: 1. cognitive-experiential (boleh dijelaskan dengan perkataan) 2. behavior-expressive (non-verbal expression seperti mimik muka, body language, gestures, posture dll) 3. Physiological-biochemical (aktiviti otak, suhu badan, kadar denyutan jantung, dll). Hanya aspek behavior-expressive dapat dilihat dengan jelas manakala dua aspek yang lain biasanya sukar dilihat. Istilah "emotional intelligence" mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh ahli-ahli psikologi Peter Salovey (Universiti Harvard) dan John Mayer (Universiti New Hampshire). Ia digunakan untuk menjelaskan kualiti-kualiti yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaan. Antaranya termasuk:
Kemudian Daniel Goleman(1995) dalam bukunya Emotional Intelligence telah membangkitkan kesedaran orang ramai tentang konsep ini yang bermula dengan implikasinya terhadap mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam semua hubungan manusia. Dalam buku "Emotionally Intelligent Parenting" 1999 Maurice Elias, Steven Tobias & Brian Friedlander, telah mengemukakan 5 prinsip Emotional Intelligent Parenting iaitu:
4. EQ vs IQIQ dapat diukur melalui ujian kecerdasan yang dipiawaikan seperti Wechsler Intelligence Scales. Salovey dan Mayer mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai satu subset kecerdasan sosial yang melibatkan kebolehan seseorang memantau emosi dan perasaannya sendiri dan orang lain,dapat mendiskriminasikannya dan menggunakan maklumat ini untuk membimbing cara pemikiran dan tindakan seseorang itu. Walaupun EQ mungkin tidak dapat diukur tetapi ia masih merupakan konsep yang amat bermakna. Pandangan sempit mengenai kecerdasan menyatakan bahawa IQ dipengaruhi oleh baka (genetik) dan sukar diubah melalui pengalaman seseorang. Dengan itu masa depan seseorang ditakdirkan oleh kecenderungan semula jadi ini. Alasan ini mengabaikan persoalan yang lebih mencabar: Apa yang boleh kita ubah yang dapat membantu anak-anak kita untuk lebih berjaya pada masa depan? Temperemen bukanlah sesuatu yang ditakdirkan. Ini memberikan peluang kepada ibu bapa dan guru membantu menentukan kejayaan kanak-kanak. Apa yang dipelajari mengenai emosi semasa di rumah dan di sekolah membentuk asas kecerdasan emosi ini. Kemahiran EQ bukan berlawanan dengan IQ atau kemahiran kognitif tetapi berinteraksi secara dinamik dalam dunia sebenar. 5. BagaimanaIni dapat dicapai melalui gaya kepimpinan ibu bapa yang sesuai. Terdapat tiga gaya kepimpinan ibu bapa iaitu:
Mengapakah keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian kecerdasan emosi? Menurut Goleman "Family life is our first school for emotional learning; in this intimate couldron we learn how to feel about ourselves and how others will react to our feelings; how to think about these feelings and what choices we have in reacting; how to read and express hopes and fears. This emotional schooling operates not just through the things that parents say and do directly to children, but also in the models they offer for handling their own feelings and those that pass between husband and wife." Ibu bapa perlu menunjukkan sifat penyayang (affirmative caring) dan menggunakan disiplin (affirmative discipline) dalam keadaan-keadaan tertentu. Affirmative caring bererti memupuk dan memberikan kanak-kanak sokongan emosi melalui cara yang dapat dikenalpasti secara jelas oleh kanak-kanak. Cara memberikan kasih sayang ini bukan setakat memberikan pujian atau pelukan apabila kanak-kanak memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ia melibatkan penyertaan yang aktif dalam kehidupan emotional kanak-kanak.Untuk menunjukkan sifat penyayang ini, ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak yang berumur empat tahun hingga sembilan tahun patut menetapkan masa bermain (nonjudgmental time) beberapa hari dalam seminggu dan pastikan anda menghormati masa ini dan perlu konsisten. Dalam affirmative discipline ibubapa patut berfikir dan menjangka mengenai cara-cara yang sesuai untuk bertindak balas terhadap salah laku kanak-kanak selaras dengan umur mereka. Beberapa prinsip dan strategi disiplin yang berkesan ialah:
6. KesimpulanKanak-kanak perlu belajar bahawa semua jenis perasaan itu adalah normal tetapi ada tindakbalas yang boleh diterima dan ada yang tidak boleh diterima. Kelebihan anak-anak yang mempunyai EQ yang tinggi ialah kelebihan dari segi sosial dan kognitif. Kanak-kanak yang mempunyai EQ yang tinggi kurang mempunyai masalah tingkah laku seperti agresif. Apabila seseorang gagal memperoleh kemahiran EQ sewaktu zaman kanak-kanak dan awal remaja, ia akan menghadapi pelbagai risiko seperti kemuraman, keganasan, "eating disorder", jenayah dan penyalahgunaan dadah. Dari segi kognitif, sekiranya kanak-kanak mempunyai EQ yang tinggi dia boleh memberikan lebih banyak perhatian, lantas menjadi pelajar yang lebih berkesan. Bibliografi
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jabatan
Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814 |