Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

 

Sebelum Ini Selepas Ini
Gaya-gaya Resolusi Konflik

horizontal rule

Mengikut Kilmann dan Thomas (Thomas, 1975; Kilmann & Thomas, 1977), pengurusan konflik boleh dilihat melalui Model Dwi-Dimensi Tingkah Laku Berkonflik yang mengelaskan lima mod atau gaya resolusi konflik. Gaya-gaya yang dimaksudkan ialah PERSAINGAN, KOLABORASI, ELAKAN, AKOMODASI, dan  KOMPROMI. Nota ini menjelaskan kebaikan dan kelemahan setiap gaya serta ketika yang sesuai gaya-gaya berkenaan digunakan.

ELAKAN

Satu pihak menggunakan tingkah laku bukan-asertif dan pasif serta mengundurkan diri daripada konflik. Mana-mana pihak pun tidak dapat mencapai matlamat. Contohnya, seorang rakan kongsi melakukan kesilapan apabila ia memberi persembahan bisnes kepada pihak luar. Anda tidak mahu memalukannya maka anda mendiamkan diri. Ini menyebabkan pihak luar tidak menerima maklumat yang tepat.

Kebaikan

1. Mengeluarkan anda dari keadaan di mana penglibatan anda hanya akan menghasilkan akibat negatif.

2. Boleh melindungi anda daripada pengaruh buruk orang lain.

3. Dapat melengahkan masa supaya anda dapat peluang mengumpul lebih maklumat untuk digunakan semasa menghadapi konflik kelak.

4. Dapat menumpukan perhatian kepada isu-isu yang lebih penting.

5. Menjauhkan diri anda daripada isu-isu yang boleh diuruskan oleh orang lain tanpa penglibatan anda

Keburukan

1. Menbenarkan konflik membesar (snowball effect).

2. Membentuk tapak untuk letupan konflik yang lebih besar kelak.

3. Mengelakkan penemuan penyelesaian dicari.

4. Menyebabkan orang lain berpendapat anda tidak ambil tahu.

5. Meninggalkan kesan agar anda tidak boleh berubah.

6. Memperkukuhkan pendapat bahawa konflik adalah buruk dan patut dielakkan.

Masa sesuai digunakan

1. Isu berkenaan tidak penting pada anda.

2. Isu yang dipertikaikan tidak memberi kesan kepada keputusan atau perjanjian.

3. Isunya tebal dengan emosi yang kuat dan boleh merosakkan perhubungan.

Masa tidak sesuai digunakan

1. Isu etika dan keselamatan yang boleh mencederakan anda atau rakan sekerja.

2. Perhubungan tidak berisiko dan tidak mudah pecah.

AKOMODASI

Salah pihak mengetepikan hak dan matlamat demi memuaskan kehendak pihak lain. Contohnya, anda tidak mahu meminta rakan memulangkan buku dan nota anda walaupun anda amat memerlukannya untuk persediaan peperikaan. 

Kebaikan

1. Apabila anda salah; ini menunjukkan anda orang munasabah.

2. Apabila anda merupakan minoriti dan pihak lawan mempunyai majoriti yang terlalu banyak; ini menunjukkan anda orang fleksibel.

3. Memimimunkan kerugian anda, khasnya jika anda akan menemui kekalahan; memajukan harmoni dgn orang lain.

4. Menunjukkan anda mempercayai kata putus orang lain.

Keburukan

1. Mengurangkan kreativiti

2. Membentuk tapak untuk letupan konflik yang lebih besar kelak.

3. Penyelesaian mungkin mengakibatkan kesukaran yang lebih besar daripada masalah asal.

4. Orang yg membuat akomodasi mungkin menukar pendiriannya kelak.

5. Boleh menunjukkan komitmen yang rendah

6. Kurangkan kuasa kedudukan orang yang menyerah diri

7. Boleh menghasilkan persaingan jika dilakukan dengan kerapnya

Masa sesuai digunakan

1. Isu berkenaan tidak penting kepada anda.

2. Anda berminat mengekalkan perhubungan sedia ada.

Masa tidak sesuai digunakan

1. Isu etika dan keselamatan yang boleh mencederakan anda atau rakan sekerja.

2. Anda tidak mahu memulakan satu precedent (contoh duluan, prajadian)

 PERSAINGAN

Satu pihak mencapai matlamatnya dengan menafikan hak orang lain. Keadaan ini dikenali sebagai "saya menang-anda kalah"

Kebaikan

1. Keputusan boleh dibuat dengan lebih cepat

2. Mengutamakan matlamat dan bukan pihak lain (baik hanya apabila hubungan dengan pihak lain tidak penting)

3. Menunjukkan komitmen yang tinggi

4. Menunjukkan isu itu pentingan

Keburukan

1. Meredakan konflik kepada pilihan yang terhad.

2. Mengurangkan kreativiti

3. Memburukkan hubungan pihak-pihak yang terlibat

4. Boleh menyebabkan konflik meletup kelak

5. Menggalakkan tingkah laku tersembunyi (terselindung)

6. Mendefinisikan pemenang dan si kalah.

Masa sesuai digunakan

1. Tindakan yang pantas diperlukan.

2. Isu-isu legaliti dan etika tidak penting

3. Hanya terdapat 1 hadian (semua pihak mempunyai peluang yang sama untuk memenanginya)

Masa tidak sesuai digunakan

1. Anda berminat mengekalkan perhubungan sedia ada.

2. Pengetahuan anda amat terhad dalam isu yang dipertikaikan.

 KOMPROMI

Kedua-dua pihak ingin melepaskan sesuatu untuk mendapat sebahagian daripada matlamat. Semua piha mencari jalan tengah bagi menyelesaikan konflik yg wujud. Ia juga dikenali sebagai "kami bersama-sama menang dan kalah sedikit".

Kebaikan

1. Penyelesaian yang cepat dicapai

2. Boleh dianggap sebagai kemenangan bagi semua pihak

3. Menunjukkan keseimbangan kuasa

4. Boleh berbentuk kreatif

5. Kelihatan munasabah pada pihak yang luar

6. Boleh digunakan sebagai jalan akhir sekiranya cara-cara lain tidak berjaya

Keburukan

1. Penyelesaian mungkin tidak menepati kehendak isu berkonflik

2. Boleh dianggap sebagai kegagalan untuk semua pihak

3. Lebih menghadkan kreativit daripada memajukannya

4. Boleh merupakan satu bentuk elakan kerana semua pihak tidak membuat keputusan contohnya menyelesaikan masalah dengan melambung duit syiling

Masa sesuai digunakan

1. Matlamat anda dan pihak lain benar-benar "mutually exclusive"  (satu pihak mesti menanggung kerugian)

2. Anda telah mencuba strategy lain dan tidak memperoleh hasil yang dikehendaki.

3. Anda dapat menyerah isu-isu yang tidak penting kepada kedudukan anda

Masa tidak sesuai digunakan

1. Isu etika dan keselamatan yang boleh mencederakan anda atau rakan sekerja.

2. Matlamat-matlamat anda dan pihak lain adalah serasi

 KOLABORASI

Kedua-dua pihak mencari dengan aktifnya penyelesaian yang boleh memenuhi semua kehendak masing-masing. Tiada pihak yang rugi atau perlu mengetepikan sebarang hak untuk memuaskan keinginan pihak lain. Juga dikenali sebagai "saya menang - anda menang".

Kebaikan

1. Memuaskan kehendak semua pihak.

2. Mempromosikan kreativiti

3. Mengiktirafkan kepentingan matlamat semua pihak

4. Menunjukkan kepentingan perhubungan semua pihak

5. Menghormati pihak lain

6. Membina kepercayaan dalam hubungan

7. Menunjukkan komitmen tinggi demi mencari penyelesaian

8. Mendapat komitmen untuk menyelesaikan masalah daripada semua pihak

9. Mempromosikan idea bahawa konflik boleh berbentuk produktif

Keburukan

1. Makan masa yang panjang

2. Makan tenaga yang banyak

Masa sesuai digunakan

1. Isu amat penting dan memerlukan perancangan teliti

2. Anda mahu input yang terbaik untuk menyelesaikan masalah

3. Anda ingin membina perhubungan yang kukuh.

Masa tidak sesuai digunakan

1. Anda tidak mempunyai masa

2. Anda tidak boleh berlaku fleksibel kerana perjanjian luar, isu-isu etika atau perundangan.

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-214250
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
8 Mac 2001
http://www.teachersrock.net