Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Struktur-struktur Interaksi Koperatif

Struktur-sturktur Koperatif Yang Ringkas dan Mudah

Struktur-struktur berikut boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran untuk menggalakkan interaksi pelajar dalam aktiviti p&p. Ia mudah digunakan oleh guru pelatih yang menjalankan praktikum mahupun dalam kelas biasa.

  1. Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta
  2. Semakan Pasangan
  3. Roundrobin/Roundtable
  4. Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan
  5. Tulis-Berpasang-Berhadapan

 

1. Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta

- Karl A. Smith, University of Minnesota

Membentuk sesuatu jawapan secara individu.
Berkongsi jawapan anda dengan pasangan/pekongsi.
Mendengar dengan teliti jawapan pasangan/pekongsi anda.
Mencipta jawapan baru selepas perbincangan.
Kembali Ke Atas
2. Semakan Pasangan

- Spencer Kagan, Kagan Cooperative Learning, Inc.

Setiap kumpulan terdiri dari dua pasangan.
Setiap pasangan terdiri daripada Pekongsi A dan Pekongsi B.
Kumpulan diberi dua atau lebih masalah.
Pekongsi A menyelesaikan masalah pertama sementara Pekongsi B membimbing.
Pekongsi B menyelesaikan masalah kedua sementara Pekongsi A membimbing.
Semak dengan pasangan lain dalam kumpulan.
Sekiranya jawapan berbeza, fikirkan sebab-sebabnya.
Pastikan setiap ahli pasukan bersedia menerangkan jawapan kepada pasukan lain jika perlu.
Peringatan:
(a) Semasa giliran menyelesaikan masalah, cakapkan langkah-langkah yang diambil. Pembimbing akan menolong anda jika anda menghadapi kesukaran.
(b) Semasa giliran membimbing, beri isyarat dan galakan, serta menyoal tetapi jangan hanya memberi jawapan.
Kembali Ke Atas
3. Roundrobin/Roundtable

- Susan Ledlow, Arizona State University

Arahan untuk Roundrobin

Ini merupakan suatu struktur menjawab secara lisan mengikut giliran.

Dengar soalan dengan baik.
Fikirkan semua jawapan yang sesuai.
Sumbangkan satu jawapan secara lisan.
Dengar jawapan yang disebutkan oleh ahli kumpulan.
Sumbangkan lagi jawapan anda yang belum disebut oleh ahli kumpulan bila sampai giliran anda.
Dengar jawapan seterusnya daripada ahli-ahli kumpulan.
Teruskan sumbangan jawapan anda, satu demi satu, sehingga tamat masa.
Arahan untuk Roundtable

Ini merupakan suatu struktur menjawab secara menulis mengikut giliran.

Keluarkan sehelai kertas untuk kegunaan kumpulan.
Dengar soalan dengan baik.
Fikirkan semua jawapan yang sesuai.
Tuliskan dan sebutkan satu jawapan atas kertas.
Panjangkan kertas itu kepada ahli kumpulan di sebelah kiri.
Dengar jawapan yang disebut oleh ahli kumpulan.
Teruskan sumbangan jawapan, satu demi satu, sehingga tamat masa.
Kembali Ke Atas
4. Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan

- Karl Smith, University of Minnesota

Masalah: Guru menyediakan masalah yang sesuai.
Komponen Koperatif: Hanya satu jawapan daripada setiap pasukan. Semua ahli pasukan mesti bersetuju dan dapat menerangkannya.
Akauntabiliti Individu: Seorang ahli akan dipanggil secara rambang untuk menjelaskan jawapan pasukan.
Tingkah laku Sosial yang dijangkakan: Penglibatan saksama, menyemak untuk konsensus, ketidaksetujuan yang bersopan.
Kembali Ke Atas
5. Tulis-Berpasang-Berhadapan

- Ruth Yabes, ASU

Tulis sebanyak mungkin jawapan untuk soalan yang diberi.
Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir.
Berpasang dengan seorang ahli pasukan dan bandingkan jawapan anda.
Tulis jawapan-jawapan oleh rakan pasangan anda sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan anda.
Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir yang diambil daripada pasangan anda.
Bandingkan nota dengan pasangan yang lain dalam kumpulan anda.
Catatkan jawapan-jawapan oleh pasangan lain sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan yang sedia ada.
Berkongsi senarai kumpulan anda dengan kelas apabila diminta oleh guru.

Kembali Ke Atas
Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814

Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
23 Julai 1999
http://www.teachersrock.net