Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan
Beritahu Kawan Anda
 eMeL KePaDa:

Latihan Mengajar

horizontal rule

Latar Belakang | Konsep | Matlamat | Objektif

horizontal rule

Rancangan Orientasi Sekolah

Praktikum

horizontal rule

 

Latar Belakang

Program latihan mengajar (LM) adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.

Bahagian Pendidikan Guru telah mengkaji dan mengemas kini program latihan mengajar dari semasa ke semasa. Perugahan yang telah dibuat adalah seperti berikut:

  1. Penyeliaan bersama pihak sekolah dan maktab mulai 1989.

  2. Konsep guru pembimbing dimulakan secara rasmi pada Jun 1993.

  3. Praktikum dua peringkat untuk Kursus Perguruan Asas (KPA) Lima Semester, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) dan KLursus Dalam Cuti (KDC).

  4. Praktikum empat peringkat untuk kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) mulai Ogos 1996. Pelaksanaan praktikum ini kemudiannya dimantapkan lagi kepada dua peringkat dan

  5. Garis panduan praktikum latihan perguruan praperkhidmatan mulai tahun 1998 bagi semua kursus yang ditawarkan.

Kembali Ke Atas

horizontal rule

Konsep

Program latihan mengajar perlu dilihat sebagai satu kontinum yang bermula sebaik sahaja guru pelatih mengikuti kursus di maktab perguruan. Ia terbahagi kepada dua bahagian:

  1. Prapraktikum yang merangkumi pengajaran makro/mikro merupakan persediaan bagi guru pelatih sebelum menjalani praktikum

  2. Praktikum ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di lura bilik darjah

Pembahagian ini dapat digambarkan seperti berikut:

PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
PRAPRAKTIKUM (di maktab) PRAKTIKUM (di sekolah)
Pengajaran Makro Pengajaran Mikro

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

Praktikum (Pengajaran & Pembelajaran Praktik Dalam & Luar Bilik Darjah)

Berdasarkan struktur baru yang telah dilaksanakan mulai tahun 1993, pihak sekolah memainkan peranan yang lebih penting dalam membimbing dan menyelia guru pelatih. Penglibatan sekolah dalam pelaksanaan praktikum dapat mewujudkanjalinan hubungan kerjasama antara maktab dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawab bersama, rasa kesepunyaan dan mengukuhkan konsep pemuafakatan bagi membantu perkembangan profesionalisme.

Kembali Ke Atas

horizontal rule

Matlamat

Latihan mengajar membolehkan guru pelatih menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, kemahiran dan nilai yang diperlukan ooeh seseorang insan guru yang profesional. Latihan mengajar juga membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagi cabaran di sekolah.

Kembali Ke Atas

horizontal rule

Objektif

bullet

Melalui program praktikum guru pelatih dapat

bullet

memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamal nilai profesional keguruan;

bullet

membina daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;

bullet

meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap pelajar dan budaya sekolah;

bullet

menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran;

bullet

menguasai strategi pengajaran pembelajaran;

bullet

mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebatgai guru;

bullet

mengeratkan hubungan profesional antara maktab perguruan dan sekolah melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran pembelajaran;

bullet

membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru dan

bullet

menilai prestasi guru pelatih semasa praktikum

Kembali Ke Atas

horizontal rule