Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Log Pembelajaran

horizontal rule

Pengenalan

Salah satu alat yang berguna untuk pelajar dan guru meningkatkan amalan refleksi, metakognisi, dan kemahiran belajar ialah penulisan log pembelajaran. Ia juga merupakan alat yang sangat berkesan sekiranya seorang guru ingin menjalankan penyelidikan tindakan. Nanum pun demikian, masih banyak orang tidak mengetahui tentang sifat dan kegunaan log pembelajaran. Diharap nota ringkas ini dapat memberi sedikit penjelasan tentang log pembelajaran buat guru pelatih.

Apakah itu log pembelajaran?

Log pembelajaran (LP) merupakan jurnal di mana pelajar mencatatkan respons peribadi, pertanyaan, perasaan, perubahaan  pendapat, idea dan pengetahuan tentang proses dan isi kandungan mengenai pembelajarannya. Ianya bukan semata-matanya buku harian yang mencatatkan aktiviti harian atau sumber catatan informasi dan aktiviti pengajian. Catatan LP menghendaki pelajar mengenalpasti, menganalisa dan merenung tentang aspek-aspek pembelajaran dan bukan menghuraikan pengalaman dan aktiviti pembelajaran. LP boleh digunakan dalam sebarang mata pelajaran.

LP menggabungkan refleksi dan analisis tentang pembelajaran pelajar situasi pembelajaran. Ianya diselesaikan mengikut ketetapan guru atau apabila pelajar berasa sesuatu masa yang sesuai. Adakalanya ia digunakan beberapa kali sehari, atau sekali seminggu.

Apabila pelajar membuat refleksi tentang pembelajaran, dan merekodnya dalam LP, ia dapat mengenalpasti proses yang dialami dalam pengalaman pembelajaran. Pelajar dapat mengembangkan diri sebagai pelajar aktif apabila ia mempersoalkan:

bullet

apa yang ia (tidak) faham

bullet

tujuan-tujuan aktiviti

bullet

keberkesanan pembelajarannya

bullet

strategi-strategi yang digunakan

Mengapakah menggunakan log pembelajaran?
bullet

Apabila pelajar mencatat dalam LP ia dapat menyatakan pengalaman pembelajaran dengan kata-kata sendiri. Justeru itu pembelajarannya menjadi lebih bererti dan personal. Ini membolehkan pelajar merenung tentang pembelajaran personal dan kumpulan. Melalui refleksi, ia dapat belajar dengan lebih tentang diri sendiri dan memajukan kemahiran analitik, refleksi dan metakognisi.

bullet

Penggunaan LP merupakan satu cara berkesan untuk mengembangkan kemahiran refleksi pelajar sebab semasa ia menulis, ia terpaksa memikirkan tentang proses pembelajaran, dan akibatnya ia belajar cara belajar. LP merupakan strategi yang dapat membantu pelajar merenung tentang pembelajaran dan dalam pada itu, ia menjadi pelajar yang berkesan dan berdikari.

bullet

Guru juga memperoleh faedah dari LP pelajar. Guru dapat membaca keperluan, kekuatan dan masalah pelajar lalu memberi tindakbalas yang sesuai. Guru juga dapat pemahaman yang penting tentang proses pemikiran setiap pelajar dan menggunakan maklumat itu untuk menilai keberkesanan sesuatu strategi pengajaran.

Sokongan untuk penulis log pembelajaran?

Walaupun pembelajaran merupakan proses semulajadi, penulisan LP merupakan sesuatu yang perlu disemai dan dilatih. Pelajar biasanya menghadapi masalah apabila dikehendaki menulis LP pada kali pertamanya khasnya jika catatan berbentuk analisis dan refleksif. Pelajar boleh dibantu dengan berbagai-bagai kaedah.

bullet

Menyediakan soalan dan fokus
bullet

mengutarakan soalan spesifik tentang aspek-aspek tertentu pembelajaran atau topik-topik khas sesuatu mata pelajaran. Soalan-soalan boleh dibentuk oleh guru sendiri, dalam kumpulan, atau latihan kelas.

bullet

percambahan idea jenis-jenis soalan yang boleh digunakan oleh pelajar. Ianya boleh dijalankan dengan kaedah 'piggyback brainstorming' atau 'snowball brainstorming'.

bullet

Pemodelan penulisan refleksi
bullet

Guru menjadi model dalam mendemonstrasikan fungsi refleksi, kaedah-kaedah refleksi, dan cara-cara mencatatkan hasil refleksi dalam LP. Melalui pemodelan pelajar dapat memahami dan mengembangkan perbezaan di antara penghuraian peristiwa dengan pemikiran sistematik tentang akibat, tujuan dan kepentingan pembelajarannya.

bullet

Pemodelan melibatkan percakapan dan/atau penulisan di hadapan pelajar tentang pengalaman pengajaran/pembelajaran. Ia melibatkan demonstrasi implisit dan eksplisit tentang bagaimana refleksi yang berkesan dapat dicatatkan.

bullet

Refleksi bertulis boleh dibina di hadapan pelajar dengan menggunakan OHP, papan tulis atau kertas yang besar. Catatan boleh merangkumi
bullet

pautan pengetahuan dan pembelajaran dengan pengalaman yang lalu

bullet

pendedahan perasaan

bullet

persoalan

bullet

ramalan akibat

bullet

sintesis informasi

bullet

penilaian kendiri

bullet

perancangan untuk masa hadapan

bullet

membentuk hipotesis

bullet

Mencipta tugasan yang ditetapkan
bullet

Guru boleh mengarahkan pelajar mencatakan refleksi mengikut format yang ditetapkan, atau membuat refleksi tentang sesuatu tajuk atau aspek pembelajarannya.

bullet

Tugasan ini bertujuan membantu pelajar mempelbagai dan meninjau beraneka kaedah untuk menganlisa, merenung, dan mecatatkan pendapatnya.

bullet

Refleksi yang dibina bersama
bullet

Guru boleh menunjukkkan strategi catatan LP dengan membincangkan pembelajaran yang dialami di akhir kelas.

bullet

Pembelajaran yang diperolehi boleh dicatatkan dalam kertas yang besar bersama-sama dengan pelajar. Catatan itu digabungkan untuk menjadi jurnal refleksi kelas.

Jenis-jenis log pembelajaran
bullet

Log Personal

Log ini mencatatkan semua respons/refleksi tentang pembelajaran dan sesuai untuk semua mata pelajaran. Catatan ini hanya dikongsi jika pencatat memerlukan maklumbalas.

bullet

Log Catatan Bergu

Log ini mempunyai dua tujuan: mencatatkan isi kandungan dan prosedur, dan merakamkan respons peribadi, kaitan, dan refleksi tentang pembelajaran pencatat. Halaman dibahagikan kepada dua bahagian (kiri dan kanan). Pada bahagian kiri dicatatkan fakta, soalan, isi, dll yang diperolehi daripada sesutu aktiviti, dan pada bahagian kanan dicatatkan refleksi.

bullet

Log Dialog

Ia merupakan pertukaran bertulis di antara dua atau lebih orang.

bullet

Log Pembelajaran Dialog Rakan Kongsi

Penggunaan log ini melibatkan 2 pelajar yang berkomunikasi melalui LP. Pada masa yang ditetapkan, setiap rakan kongsi menulis dalam log sendiri. Log itu kemudiannya ditukar, dibaca dan ditulis respons. Pada mulanya pertukaran catatan berbentuk 'superficial' tetapi dengan adanya latihan respons yang lebih reflektif boleh diperolehi.

bullet

Log Pembelajaran Dialog Guru-Murid

Log ini direka agar catatan dibalas dengan respons oleh guru.

bullet

Log Kumpulan/Kelas

Log ini adalah berasaskan refleksi kelas tentang aktiviti spesifik dan mungkin melibatkan aktiviti penilaian kumpulan. Catatan dibuat pada kertas yang besar atau buku untuk dikongsi oleh semua pelajar kelas.

bullet

Log Mengikut Mata Pelajaran

Log ini digunakan untuk merekod catatan tentang subjek spesifik dan format log adalah unik mengikut subjek. Contohnya ialah
bullet

Log Kesusasteraaan

bullet

Log Matematik

Memaanafatkan log pembelajaran

Guru sebaik-baiknya mempastikan refleksi pelajar dibuat secara kreatif dan individu dan bukan sebagai tugas yang membosankan, dan memerlukan respons yang sama. Pelajar bukan sahaja diberi masa untuk merenung malah bertindak atas renungannya. Guru juga mesti menunjukkan bahawa idea yang diutarakan oleh pelajar dihargai dan dihormati.

Apabila pelajar bertambah mahir mencatat LP, pelajar boleh digalakkan untuk mencuba pelbagai strategi dan format catatan. Antara kepelbagaian yang boleh dilakukan ialah

bullet

tujuan catatan dibuat
bullet

ulangkaji pengetahuan dan aktiviti

bullet

bantuan perkembangan kesedaran diri

bullet

merakamkan perhatian untuk dikongsi dengan orang lain atau kegunaan diri sendiri

bullet

membuat pautan di antara apa yang telah diketahui dengan apa yang sedang dipelajari

bullet

menyediakan peluang menyelesaikan masalah

bullet

merekod informasi sebagai bantuan ingatan

bullet

merenung atas pembelajaran/pemikiran

bullet

meramalkan akibat dan mengesahkan atau mengubah ramalan

bullet

organisasi, analisis, dan sintesis informasi

bullet

meninjau konsep dan maklumat baru

bullet

menjelaskan perasaan, pendapat dan idea

bullet

menilai prestasi diri sendiri atau kelas

bullet

berfikir secara kritis dan kreatif tentang peristiwa dan pembelajaran

bullet

memusatkan pemikiran untuk memperluas atau menyempitkan pengalaman

bullet

merancang pengalaman pembelajaran sendiri, contohnya Apakah yang saya tahu. Apakah yang saya perlu lakukan. Apakah yang saya ingin tahu.

bullet

mengkongsi perasaan

bullet

menjawab dan menanya soalan

bullet

masa penggunaan LP
bullet

sebelum sesuatu sesiipembelajaran

bullet

semasa sesuatu sesiipembelajaran

bullet

selepas sesuatu sesiipembelajaran

bullet

pada masa yang ditetapkan pada setiap hari

bullet

masa-masa yang tidak ditetapkan

bullet

sebagai sebahagian daripada subjek tertentu

bullet

semasa sesuatu permainan

bullet

maklumbalas tentang LP

Maklumbalas adalah penting untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran refleksi. Pada permulaan penulisan LP, guru harus memberi maklumbalas secara lisan atau bertulis dengan kerap.

Guru boleh menggunakan maklumbalas untuk menentukan
bullet

paras keprihatinan pelajar terhadap tugasan

bullet

sikap pelajar akan subjek, topik dan tugasan tertentu

bullet

darjah fleksibiliti dan adaptabiliti pelajar untuk bertindak atas cadangan yang dimuatkan dalam maklumbalas

bullet

kefahaman pelajar tentang sesuatu subjek, topik dan pengalaman pembelajaran

bullet

kesediaan pelajar untuk pengalaman pembelajaran baru

bullet

minat dan kecenderungan pelajar dalam sesutu pelajaran

bullet

salah faham tentang isi kandungan dan/atau objektif pembelajaran

Pelajar boleh menggunakan maklumbalas untuk
bullet

mencungkil idea yang boleh membantunya melanjutkan pembelajaran dan refleksi

bullet

personalisasikan pembelajaran sendiri

bullet

menggunakan pengalaman guru untuk menbantunya menyelesaikan masalah pembelajarannya

bullet

memiliki arahan dan jangkaan yang eksplisit daripada guru

Berikut merupakan cadangan untuk mempelbagaikan maklum balas:
bullet

Masa Berkongsi (Share Time)

Masa diperuntukkan agar pelajar berkongsi catatan dalam LP dengan ahli kumpulan atau kelas. Perkongsi boleh berbentuk tema yang sama atau merentas tema.

bullet

Maklumbalas Rakan Kongsi

Pelajar membentuk pasangan dan setiap rakan kongsi membaca dan bertindakbalas (lisan dan bertulis) terhadap catatan dalam LP rakan kongsi yang lain.

bullet

Maklumbalas Kumpulan

Pelajar bekerja dalam kumpulan, dan memilih LP salah seorang ahli kumpulan untuk dibincangkan. Semua ahli kumpulan memberi maklumbalas secara lisan dan bertulis untuk membentuk konsensus. Sebaliknya kumpulan boleh dikehendaki untuk memberi maklumbalas tentang sesuatu aktiviti kelas serta masalah yang dihadapi bersama. Senarai semak boleh disediakan untuk membimbing pelajar dalam sesi konferens dan penilaian.

bullet

Maklumbalas Individu

Selepas pelajar mencatat dalam LP, ia mungkin meminta maklumbalas bertulis tentang catatannya. Ini merupakan kerja yang berat untuk guru jika semua pelajar meminta maklumbalas pada masa yang sama. Justeru itu, garis panduan mesti disediakan untuk menjelaskan kepada pelajar prosedur mendapatkan maklumbalas daripada guru. Antara cadangan-cadangannya ialah
bullet

Merancang untuk mengumpul semua LP pada hari tertentu, atau tetapkan bilangan (5) LP yang akan dipungut pada setiap hari

bullet

Pilih catatan tentang subjek tertentu yang akan dibaca dan dipungut

bullet

Pilih bentuk catatan atau tujuan catatan untuk dipungut contohnya catatan yang mengandungi peta minda sahaja

bullet

Sistem giliran di mana pelajar menulis nama dalam senarai sekiranya ia mahu LP dibaca dan dikomen.

bullet

Dialog
bullet

Pelajar mengemukakan soalan yang bersifat refleksi untuk dijawab oleh guru. Selepas itu, guru mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar. Ini juga boleh dilakukan di antara dua orang pelajar yang saling bertukar LP dan membuat ulasan tentang catatan orang lain.

bullet

Bulatan Maklumbalas

Bulatan Maklumbalas terdiri daripada suatu kumpulan (tidak melebihi 6) yang ahli-ahlinya berkongsi dan bertindakbalas terhadap keperluan ahli bulatannya. Contohnya

bullet

suatu tugasan atau catatan refleksi dikongsi oleh penulisnya dan ahli-ahli lain dikehendaki memberi maklumbalas kepadanya secara turutan. Maklumbalas daripada setiap ahli sebaik-baiknya berbeza daripada komen sebelumnya. Penulis boleh meminta maklumbalas tentang sebarang aspek dalam LPnya.

bullet

seseorang ahli bulatan mengutarakan suatu soalan dan semua ahli dalam bulatan itu diminta bertindakbalas akan soalan itu.

bullet

Konferens Rakan Sebaya

Pelajar-pelajar bertemu dan berbincang dalam pasangan dan memberi maklumbalas.

bullet

jenis catatan bagi setiap bahagian isi kandungan
bullet

soalan

bullet

penjelasan, penyusunan, mengkategori aktiviti

bullet

sebelum/semasa/selepas pengalaman pembelajaran

bullet

penulisan rumusan/kesimpulan

bullet

respons terbuka

bullet

respons soalan/jawapan

bullet

penerangan

bullet

percambahan pendapat

bullet

susunan keutamaan dan perancangan tindakan

bullet

cara catatan dibuat (peta minda, carta aliran, teks, dll)
bullet

peta minta

bullet

representasi bergambar

bullet

jadual, carta

bullet

carta aliran

bullet

simbol

bullet

tinjauan

bullet

kartoon

bullet

gambar

LP berguna untuk guru juga

LP bukan untuk pelajar sahaja malah amat berguna untuk guru untuk merekod dan merenung atas tindakan dalam konteks tempat kerja. Guru boleh menggunakan LP untuk
bullet

merakamkan peristiwa dari sudut pandang refleksi;

bullet

merenung akan pengalaman. Refleksi boleh berlaku sebelum proses menulis, semasa menulis dalan LP, dan seterusnya semasa membaca catatan kelak;

bullet

menjelaskan pengertian tentang pengalaman, persepsi dan buah fikiran;

bullet

meninjau opsyen yang berpotensi, perasaan, tindakan, dan akibat hasil tindakan tersebut secara peribadi;

bullet

memutuskan tindakan yang sesusi untuk meningkatkan amalan.

Penulisan jurnal boleh dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk mengikut informasi yang perlu dicatatkan dan konteks sesuatu catatan. Ia boleh bersifat

bullet

kisah berbentuk fakta

bullet

penulisan huraian

bullet

kreatif

bullet

analitik

bullet

penyiasatan

bullet

penyoalan

Catatan jurnal boleh digunakan untuk

bullet

mentaksir dan menilai program kelas, strategi pengajaran dan penggunaan resos;

bullet

membantu perancangan program dan penentuan haluan

bullet

menganalisa peristiwa untuk memikir dan mengkaji bahagian-bahagian dalam suatu keseluruhan

bullet

penilaian kendiri untuk memerhati sifat-sifat peribadi, menjelaskan kepercayaan, dan memantau apa, bagaimana dan mengapa sesuatu dilakukan.

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
23 September 2000
http://www.teachersrock.net