Konsep
Pencerapan klinikal merupakan
proses penyeliaan yang merangkumi ciri-ciri seperti perhatian pengajaran secara
langsung,pengumpulan data dari pemerhatian, pengalisisan tingkah laku mengajar dan
aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.
Objektif
Pensyarah penyelia, guru
pembimbing dan peserta kursus bersama-sama berusaha:
- memperbaiki kelemahan p&p.
- memperkembangkan potensi dan kemahiran
Langkah-langkah Dalam Pencerapan Klinikal
- Sidang Prapemerhatian
Peringkat ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh (kerangka mental) dan
langkah-langkah (prosedur) bagi setiap peringkat pencerapan yang akan berlaku. Penyelia
perlu berusaha menjalinkanperhubungan dan menyakinkan guru pelatih bahawa tujuannya adalah
untuk membantuk beliau dalam aspek-aspek profesional. Peringkat ini juga digunakan untuk
menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujui bersama.
- Pemerhatian
Dalam peringkat ini penyelia memerhati pengajaran yang disampaikan oleh guru pelatih
dan membuat catatan (data). Penyelia juga menyediakan huraian data bagi membantunya semasa
sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran
berkenaan.
- Analisis
Langkah ini melibatkan pensyarah penyelia/guru pembimbing dan peserta kursus dengan
tujuan:
- menjelaskan apa yang telah dicatat semasa pemerhatian dengan memberi fokus kepada apa
yang telah dipersetujui.
- merancang strategi pencerapan yang akan dikendalikan.
Penyelia mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pasca pemerhatian,
soalan dan kesimpulan.
- Sidang Pasca Pemerhatian
Dalam sdiang ini pensyarah penyelia/ guru pembimbing berbincang dengan guru pelatih
tentang pengajaran dengan