Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Portfolio Berkualiti

horizontal rule

Walaupun seseorang guru pelatih diberi kebebasan menentukan bentuk portfolionya, garis panduan berikut boleh digunakan untuk menentukan portfolio yang berkualiti.
  1. Berstrukutr dan tersusun kemas mengikut cara, peraturan atau kategori yang tertentu dan sistem yang teratur (mengikut kronologi masa atau senang-susah tugasan, tajuk, susunan abjad atau kategori yang disaran)
  2. Bahan bukti pembelajaran (termasuk tugasan) menunjukkan peningkatan perkembangan guru pelatih berdasarkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Bahan yang disediakan juga perlu memperlihatkan proses menyediakannya, dari deraf awal hingga hasil akhir.
  3. Mengandungi bukti bahawa guru pelatih telah menerima bimbingan dari pengetua / guru besar / guru pakar / guru pembimbing / guru penolong kanan / pensyarah pembimbing atau mana pihak yang berkenaan (bukti berbentuk tandatangan, komen, cop dan tarikh bimbingan diberi)
  4. Terdapat bukti kolaborasi guru pelatih dengan rakan, guru pembimbing, guru pakar, guru kanan, pensyarah pembimbing atau projek, persediaan mengajar, kertas kerja, ABM, kertas ujian dll dirancang dan dihasilkan bersama.
  5. Mengandungi banyak penulisan, catatan dan komen reflektif yang tercetus daripada pemikiran yang reflektif. Aktiviti menulis refleksi kendiri juga mendorong guru pelatih menganalisis amalan kendiri dengan lebih mendalam dan serius.
  6. Menunjukkan bukti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Bukti ini boleh diperlihatkan melalui idea dan hujah yang tersusun sama ada dengan atau tanpa menggunakan pengurusan grafik.
  7. Mengandungi bukti pencapaian prestasi guru pelatih (segala borang penilaian prestasi sama ada yang diisi oleh pensyarah, guru pembimbing atau pengurus sekolah perlu ada dalam portfolio). Borang penilaian pengajaran berpasangan atau apa-apa bentuk penilaian rakan sebaya (berbentuk senarai semak yang diisi oleh rakan pelatih) juga perlu dimasukkan. Surat penghargaan dan sijil dari mana-mana pihak juga dianggap sebagai bukti prestasi.
  8. Mengandungi bahan yang terpilih dan releven - Portfolio seharusnya mengandungi satu set bahan bukti pembelajaran yang terpilih secara teliti bukan segala bahan dari segala aktiviti yang dijalankan. Ini akan membolehkan portfolio mudah diurus (manageable) dan lebih bermakna (meaningful) kepada pelajar yang menyediakannya dan pesnyarah yang menilai. Selain itu bahan yang dimuatkan dalam portfolio mestilah bahan yang releven dengan tugasan dan hasil pembelajaran yang spesifik.
  9. Mengandungi bahan-bahan yang autentik - Bahan-bahan yang dimuatkan sebagai bahan bukti pembelajaran mestilah disediakan oleh guru pelatih sendiri berasaskan situasi yang sebenar bukan ditiru atau diciplak dari mana-mana sumber.
(Dipetik dari Pukal Latihan: Penilaian Berterusan Berasaskan Kerja Kursus Berportfolio, BPG & MPPPP 1997)