Rancangan Orientasi Mengajar

horizontal rule

Pangkal
Atas
ROS
Praktikum

Menu

Konsep
Objektif
Tempoh
Penempatan
Tumpuan
Peranan2
Kehadiran
Pelaksanaan
Borang2
Pencerapan Klinikal
Penilaian Kendiri
Penulisan Jurnal
Pengajaran Berpasangan
Senarai Penempatan
Arahan

horizontal rule

Konsep

ROS merupakan pendedahan awal guru pelatih kepada alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, refleksi dan interaksi dengan guruj dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Objektif

Melalui ROS guru pelatih dapat:

  1. memahami masyarakat sekolah

  2. menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah

  3. membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah

  4. menyepadukan teori dengan amalan pengurusan bilik darjah melalui pemerhatian dalam konteks pengajaran pembelajaran

  5. merekod pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif

    Kembali Ke Menu

    horizontal rule

Tempoh

Tempoh pelaksanaan guru pelatih menjalankan ROS adalah seperti jadual berikut.

Kursus Tempoh Semester Penempatan
Diploma Perguruan Malaysia (DPM) 2 minggu II sekolah rendah
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) 2 minggu I sekolah menengah
Kursus Perguruan Lepas Diploma (KPLD) 2 minggu I sekolah rendah
Kembali Ke Menu

horizontal rule

Penempatan

  1. Guru pelatih akan menjalani ROS di sekolah pilihan sendiri.

  2. ROS hendaklah dijalankan selama 2 minggu sebelum/selepas cuti institut/maktab dan diselaraskan oleh BPG.

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Prosedur Pelaksanaan

  1. BPG akan memaklumkan JPN tentang penempatan guru pelatih untuk tujuan ROS selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh yang ditetapkan.

  2. Maktab memaklumkan pihak sekolah tentang penempatan guru pelatih.

  3. Maktab menyediakan surat pengenalan diri guru pelatih untuk diserahkan kepada pengurus sekolah semasa melapor diri di sekolah.

  4. Maktab menyediakan garis panduan pelaksanaan ROS untuk pensyarah pembimbing dan pihak sekolah.

  5. Maktab menyediakan garis panduan tugasan ROS untuk guru pelatih.

  6. Maktab menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pengurus sekolah.

    Kembali Ke Menu

horizontal rule

Tumpuan Tugasan ROS

Guru pelatih dikehendaki membuat tugasan yang memberi tumpuan kepada tida komponen iaitu:

bullet

Komponen I:   Pengurusan

bullet

Komponen II:  Prasarana

bullet

Komponen III: Kurikulum

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Peranan-peranan

bullet
Peranan dan Tanggungjawab Guru Pelatih
  1. Menghadiri taklimat ROS

  2. Memahami dan menghayati objektif ROS

  3. Menghadiri sesi praROS bersama pensyarah pembimbing

  4. Melaporan diri di sekolah danmembina hubungan bak dengan komuniti sekolah

  5. Berbincang, memerhati dan membantu guru dalam tugas-tugas di bilik darjah

  6. Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum

  7. Memerhati dan mengumpul maklum balas tentang pengajaran guru sebagai bahan refleksi

  8. Menyediakan portfolia ROS untuk digunakan secara berterusan

  9. Menyerahkan Borang Tugusan Pemerhatian (Lampiran 1) dan portfolio kepada pensyarah pembimbing

  10. Menggunakan portfolio dan pengalaman di sekolah dalam sesi refleksi di institut/ maktab

Kembali Ke Menu
bullet
Peranan dan Tanggungjawab Pihak Sekolah
  1. Menubuhkan jawatankuasa praktikum/ROS peringkat sekolah

  2. Mengenal pasti dan melantik guru yang terlatih yang berpengalaman untuk membimbing guru pelatih

  3. Bekerjasama dengan pihak maktab dalam menjayakan program ROS

  4. Membantu guru pelatih menyesuaikan diridalam masyarakat sekolah

  5. Membantu guru pelatih untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan

  6. Mengawasi disiplin dan kehadiran guru pelatih sepanjang tempoh ROS dan melengkapkan Borang Rumusan Kehadiran ROS (Lampiran 3)

  7. Melapor secara bertulis dari semasa ke semasa sebarang kes masalah disiplin guru pelatih ke institut/maktab

  8. Memberi peluang kepada guru pelatih membuat pemerhatian pengajaran guru pelatih yang berpengalaman

  9. Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada guru pelatih

  10. Menyerahkan Borang Rumusan Kehadiran ROS (Lampiran 3) dan dokumen lain yang berkenaan kepada pihak maktab

Kembali Ke Menu
bullet
Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Pembimbing
  1. Menjelaskan kepada guru pelatih tentang konsep, objektif dan tugasan ROS

  2. Menyemak Tugasan Pemerhatian ROS dan portfolio guru pelatih

  3. Menyemak portfolio guru pelatih dan dokumen lain yang berkaitan

  4. Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam portfolio untuk perbincangan di institut/ maktab

  5. Membuat rumusan mengenai portfolio guru pelatih dalam Borang Rumusan ROS (Lampiran 4) berdasarkan kepada kriteria penilaian penyediaan portfolio ROS

  6. Tidak perlu membuat lawatan kecuali terdapat kes-kes tertentu

    Kembali Ke Menu

    horizontal rule

Kehadiran

  1. Kehadiran dalam ROS adalah 100 peratus

  2. Jika sekiranya guru pelatih tidak dapat memenuhi syarat kehadiran 100 % disebabkan oleh kes-kes tertentu, guru pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh ROS sebelum menjalani Praktikum Fasa I.

    Kembali Ke Menu

    horizontal rule

ARAHAN UNTUK PELATIH

  1. TEMPOH PROGRAM RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH
  2. Rancangan Orientasi Sekolah untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia Ambilan Julai 1998 akan berlangsung selama 2 minggu dari 22 Februari hingga 5 Mac 1999.

  3. PENEMPATAN
  4. Guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah-sekolah rendah yang berdekatan dengan kampung masing-masing seperti yang disenaraikan dalam Lampiran "A". Sebarang perubahan adalah tidak sah kecuali dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Praktikum Maktab.

  5. STATUS GURU PELATIH
  6. Semasa menjalani ROS, status guru pelatih kekal sebagai "Guru Pelatih". Mereka menjadi pembantu kepada guru terlatih dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah.

  7. DI BAWAH ARAHAN GURU BESAR
    1. Dalam tempoh ROS, guru-guru pelatih adalah sepenuhnya di bawah arahan Guru Besar sekolah berkenaan. Dengan hal yang demikian, guru-guru pelatih adalah tertakluk di bawah segala peraturan yang terdapat di sekolah-sekolah berkenaan.
    2. Guru –guru pelatih mestilah menganggap dirinya sebagai kakitangan sekolah dan bertanggungjawab atas segala tindakan yang dilakukan dalam tempoh ROS.
  8. TARIKH MELAPOR DIRI
  9. Semua guru pelatih hendaklah melaporkan diri kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan sekolah yang ditempatkan pada hari Isnin 22 Februari 1999.

  10. ASPEK-ASPEK YANG DIFOKUSKAN
  11. Semasa menjalani ROS, guru pelatih adalah berperanan sebagai guru pembantu yang menekankan aspek-aspek:

    1. Interaksi dan komunikasi
    2. Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
    3. Pengurusan bilik darjah
    4. Perancangan dan pengajaran
    5. Amalan refleksi
    6. Sikap dan sahsiah
  12. JURNAL
  13. Setiap guru pelatih dikehendaki menyediakan buku jurnal yang mencatatkan masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah mengatasinya sepanjang ROS.

  14. PORTFOLIO
    1. Semua pelatih dikehendaki menyediakan satu portfolio yang mengandungi butiran-butiran seperti kurikulum vitae, penyata peribadi serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan latihan mengajar.
    2. Portfolio berkenaan akan digunakan untuk perbincangan dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing, serta renungan.
    3. Portfolio yang sama digunakan untuk Praktikum Fasa I dan Fasa II kelak.
  15. KEHADIRAN DAN CUTI
    1. Kehadiran dalam ROS mestilah 100%. Dalam tempoh ROS guru-guru pelatih tidak dibenarkan bercuti. Sebarang cuti sakit (yang disahkan oleh pihak perubatan kerajaan atau diakui oleh kerajaan) mestilah diberitahu kepada pihak sekolah dan maktab.
    2. Guru-guru pelatih yang tidak hadir melebihi 10% tempoh ROS dikehendaki mengulangi keseluruhan ROS, melainkan kes-kes yang dipertimbangkan oleh Lembaga Peperiksaan Pusat.
    3. Guru pelatih yang bersalin semasa ROS dikehendaki mengulangi keseluruhan ROS.
  16. TINGKAH LAKU GURU PELATIH
  17. Guru-guru pelatih harus sedar bahawa mereka sentiasa berada di dalam pengawasan masyarakat, termasuk ibu bapa dan pihak sekolah. Adalah mustahak guru pelatih berhati-hati dan menampakkan sahsiah yang boleh dijadikan teladan. Satu perbuatan yang melanggar tatasusila profesion perguruan amatlah dipandang berat oleh semua pihak dan boleh mendatangkan akibat yang buruk dan menjejaskan kejayaan guru pelatih. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian yang serius.

    1. Pakaian dan Tatatertib
    2. Pakaian mestilah bersih dan kemas. Patuhi peraturan-peraturan yang ditentukan oleh pihak sekolah mengenainya. Rambut harus mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

    3. Tatatertib Ikhtisas

    Guru-guru pelatih harus menunjukkan sifat bertanggungjawab, suka menolong, rajin, bermotivasi dengan tugas yang diberikan. Tatasusila perguruan hendaklah sentiasa dipatuhi.

  18. PERBUATAN MENDERA MURID
  19. Adalah menjadi kesalahan yang besar kepada guru pelatih yang menghukum atau mendera murid-murid lebih-lebih lagi dengan cara memukul atau merotan. Sila rujuk masalah murid-murid yang berkenaan kepada pihak sekolah. Guru-guru pelatih juga tidak dibenarkan membawa murid-murid selolah keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis dari pihak Guru Besar.

  20. MASALAH-MASALAH SEMASA ROS
  21. Sekiranya guru-guru pelatih menghadapi sebarang masalah semasa ROS dan tidak dapat mengatasinya sendiri, sila rujuk masalah itu kepada pihak sekolah atau maktab.

  22. HARI TERAKHIR MENJELANG ROS
  23. Menjelang tamatnya ROS, guru-guru pelatih hendaklah mengembalikan segala buku, alatan bantu mengajar dan barang-barang yang dipinjamkan dari pihak sekolah.

    Jagalah nama baik sendiri sebagai bakal pendidik dan nama baik Maktab Perguruan Sandakan sepanjang masa.

Sekian, Selamat Menjalani Program Rancangan Orientasi Sekolah.

Kembali Ke Menu