Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Senarai Semak Fasilitator

horizontal rule

Apakah anda seorang fasilitator yang berkesan? Dalam pengajaran dan pembelajaran, peranan guru telah berubah dari penyampai ilmu kepada fasilitator. Pelajar tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong untuk dipenuhi dengan isi, nilai dan kemahiran. Pelajar dikembangkan dan dibantu untuk mencapai potensi diri yang sepenuhnya.

Tiga kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh fasilitator dibahagikan kepada 3 bahagian:

  1. kemahiran pengurusan bilik darjah
  2. kemahiran sistem penataran
  3. kemahiran motivasi

Senarai semak ini memberi sedikit panduan tentang kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki oleh fasilitator untuk melaksanakan tugasnya.

Adakah anda ...

bulletmengembangkan suasana yang positif
bulletmengembangkan norma
bulletmenggunakan "ice-breaker"
bulletmembincangkan jangkaan
bulletmenyemai dan meneruskan persekitaran yang saling mempercayai
bulletsentiasa psoitif
bulletmerangkumi bahan pelajaran mengikut objektif yang ditetapkan
bulletmenyeimbangkan isi kandungan dan proses latihan
bulletmencontohi kemahiran-kemahiran pemudahcara yang berkesan
bulletberkomunikasi dengan berkesan
bulletmenggunakan bahasa yang jelas
bulletbercakap dengan jelas
bulletmenggunakan "visual" yang sesuai dan dibuat dengan baik
bulletmenyediakan intruksi langkah demi langkah
bulletmenggunakan isyarat bukan bahasa yang konsisten dan sesuai
bulletmenggunakan "I messages" jika sesuai dan dikehendaki.
bulletmembangun dan mengimplimentasikan aktiviti yang distruktur dengan baik
bulletmenyelitkan segmen pengenalan yang menghubungkaitkan aktiviti, menjelaskan tujuan, proses, jangkaan, dan memberi arahan
bulletmemasukkan segmen pembelajaran yang interaktif dan releven
bulletmenyediakan masa pemprosesan untuk membincangkan pembelajaran
bulletmenggalakkan perbincangan di kalangan pelajar
bulletmengutarakan soalan yang terbuka dan beraras tinggi
bulletmendemostrasikan pendengaran aktif dan isyarat badan yang bertindakbalas
bulletmenerima dan mengitirafkan semua sumbangan dengan positifnya
bulletmengelakkan penghakiman (judgements) dan interpretasi yang kurang berasas

 

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B>A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS
22 Februari 2000
http://www.teachersrock.net