Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Senarai Semak: Refleksi Pengajaran

horizontal rule

oleh John Barell

Gunakan skala 1 hingga 4 untuk menggredkan sekolah atau bilik darjah mengikut petunjuk berikut:

  1. jarang sekali
  2. jarang
  3. selalu
  4. sangat selalu

BILIK DARJAH

  1. Apabila pelajar menyoal soalan yang luar biasa atau divergen, saya bertanya, "Apakah yang menyebebkan anda bertanya demikian?"
  2. Apa sahaja yang dinyatakan dalam buku teks diterima sebagai jawapan yang betul.
  3. Apabila dikehendaki membuat pilihan di antara
    1. melibatkan seluruh kelas dalam membincangkan idea pelajar yang menarik dan berkaitan dengan topik pelajaran, atau
    2. menghabiskan isi kandungan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran;

    saya memilih (a.)

  4. Saya menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan alternatif.
  5. Pelajar memberi hujah apabila membuat penyataan.
  6. Saya menggunakan isi kandungan sebagai alat agar pelajar menjanakan soalan atau masalah yang dipertimbangkan bersama-sama.
  7. Semasa mengajar, saya duduk atau berdiri di belakang meja guru.
  8. Kebanyakan soalan yg timbul dalam bilik darjah boleh dijawab dengan jawapan ringkas atau sepatah dua kata sahaja.
  9. Pelajar selalu mengkritik secara spontan pemikiran pelajar lain.
  10. Pelajar menghubungkaitkan isi kandungan dengan pengalaman dalam mata pelajaran lain atau dalam kehidupan sehariannya.
  11. Saya menekankan apa yang difikir, bukan bagaimana berfikir.
  12.  Pelajar kerap menetapkan objektif untuk pembelajaran sendiri.
  13. Pelajar bekerja secara kolaborasi untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran.
  14. Satu daripada fokus dalam kelas saya ialah cuba memahami "mengapa dan bagaimana" orang lain (dalam buku teks) mencipta idea, penyelesaian, eksperimen, peraturan, prinsip dan lain-lain.
  15. Bilik darjah saya mencerminkan corak amalan penglibatan dalam mesyuarat fakulti (guru).
  16. Pelajar mendengar secara aktif di antara satu sama lain.

SEKOLAH

  1. Kami berbicara tentang fitrah pemikiran
  2. Sekolah saya mengutamakan penyelesaian masalah pengajaran secara kolaboratif.
  3. Saya belajar daripada rakan sekerja dengan memerhati pengajarannya.
  4. Saya dan penyelia saya berbincang tentang cara-cara mencabar pelajar berfikir dalam corak yang lebih kompleks.

 

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS
22 Februari 2000
http://www.teachersrock.net