Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Struktur Koperatif - Pasport Parafrasa
(Liz Warner)

horizontal rule

Pelajar berkongsi ideanya hanya selepas mereka memparafrasa dengan tepat orang yang bercakap sebelumnya.
Pelaksanaan:

1. Guru memperuntukkan satu topik.
2. Pelajar A memberi pendapatnya.
3. Pelajar B memparafrasa pendapat itu, kemudiannya memberi pendapatnya.
4. Teruskan pemberian idea dan memparafrasa.
Hak untuk menyampaikan idea diperoleh dengan memparafrasa dengan tepat idea yang telah disampaikan oleh ahli pasukan lain. Orang yang telah menyampaikan idea adalah pengadil tentang ketepatan parafrasa.

Pengurusan

Lakukan percambahan idea untuk kata-kata parafrasa seperti 'Apa yang saya dengar tentang pendapat anda ialah ...', 'Apa yang saya fahami tentang pendapat anda ialah ...', 'Adakah anda bermaksud ...?'.

Kemahiran Sosial

- Mengambil giliran
- Pendengaran aktif
- Memparafrasa pendapat orang lain

Idea-idea Untuk

*Membina Pasukan
- Apakah yang anda suka tentang kelas kami?
- Apakah yang anda ingin ubahkan tentang kelas ini?

*Bahasa
- Cerita yang digemari
- Apakah motivasi watak dalam cerita?

*Sains
- Langkah-langkah dalam siri
- Interpretasi hasil dapatan daripada ujikaji makmal.

*Matematik
- Cara-cara menyelesaikan masalah
- Cara-cara menggunakan matematik dalam hidup

*Seni dan Apresiasi Muzik
- Apakah perasaan anda apabila anda mendengar sesuatu muzik atau melihat karya seni?

 

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt., B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
29 September 2000
http://www.teachersrock.net