Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
JPT KK Berportfolio
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Perkembangan Potensi Pelajar

horizontal rule

Tugas guru ialah membantu proses perkembangan yang menyeluruh seorang pelajar dan bukan semata-mata menyampaikan sesuatu pakej pengetahuan. Beliau tidak akan berjaya melakukan tugas ini jika beliau tidak memahami erti potensi pelajar serta konsep-konsep yang berkaitan. 

horizontal rule

 

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca dan meninjau sumber serta bahan-bahan dalam tutorial ini, anda sepatutnya dapat:

bulletMenjelaskan pengertian potensi pelajar dari segi intelek, jasmani, kepimpinan, bakat dan afektif.
bulletMenjelaskan lapan jenis kecerdasan mengikut Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner.
bulletMenghuraikan petunjuk-petunjuk untuk mengenal pasti potensi pelajar.
bulletMengenal pasti potensi pelajar supaya dapat disesuaikan dengan jenis bimbingan.
bulletMenjelaskan penilaian kognitif dan penilaian bukan kognitif.

 

horizontal rule

 

Sumber

bulletBacaan bab pertama dalam Bimbingan dan Kaunseling II (Ee, 1998) untuk mendapatkan gambaran asas tentang konsep potensi pelajar, pelbagai kecerdasan serta penilaian kognitif dan bukan kognitif.
bulletTerdapat beberapa rencana ringkas (ERIC Digest) tentang tajuk potensi pelajar yang boleh menjelaskan lagi tentang tajuk ini. Antaranya rencana-rencana tersebut ialah:
bulletSindrom Kegagalan Dalam Pelajar
bulletPelbagai Kecerdasan - Teori Gardner
bulletKecerdasan Dewasa
bulletKaunseling Kerjaya Untuk Belia Yang Menghadapi Ketidakupayaan Belajar
bulletPusat Perkembangan Kurikulum juga telah menyediakan bahan yang berkaitan dengan kecerdasan pelajar dalam buku panduan pembelajaran masteri.
bulletUntuk mengetahui potensi diri dengan lebih mendalam cuba ujian personaliti yang disediakan di Laman Ujian Personaliti yang disediakan oleh JIP MPSS.

 

horizontal rule

 

Proses

  1. Baca bab dalam sebarang buku teks yang berkaitan dengan Perkembangan Potensi Pelajar.
  2. Kaitkan pengertian potensi pelajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menjelaskan potensi dari segi JERI.
  3. Selain daripada JERI potensi juga boleh dilihat dari segi pelbagai kecerdasan. Adakah kecerdasan-kecerdasan yang diertikan oleh Gardner boleh dikategorikan mengikut JERI yang anda fahami?
  4. Adakah jenis penilaian yang diamalkan di sekolah mampu menilai semua jenis kecerdasan tersebut? Apakah cadangan anda untuk memperbaiki keadaan tersebut?
  5. Buat suatu penyurus grafik untuk membezakan penilaian kognitif dan penilaian bukan kognitif.
  6. Buat suatu peta minda untuk merumus dan melakarkan konsep-konsep utama seperti berikut:
    bulletpotensi pelajar
    bulletFalsafah Pendidikan Negara
    bulletkecerdasan
    bulletpelbabai kecerdasan
    bulletkegunaan teori pelbagai kecerdasan dalam bilik darjah
    bulletcara-cara mengesan pelbagai kecerdasan
    bulletpenilaian kecerdasan
    bulletpenilaian kognitif
    bulletpenilaian bukan kognitif

 

horizontal rule

 

Nasihat Pembelajaran

Untuk memastikan anda memahami dan mengingati apa yang dipelajari, sesuaikan gaya pembelajaran diri dengan cara membuat nota. Anda boleh buat nota teks, peta minda atau menanda bahagian salinan fotostat.

Selalu kaitkan apa yang dipelajari dengan pengalaman diri. Berhenti seketika untuk membuat refleksi tentang sesuatu idea atau isi sebelum meneruskan bacaan. Sekiranya gaya anda berbentuk global, baca keseluruhan bab sebelum menjalankan tugas yang diarah.

 

horizontal rule

 

Kuiz

Setelah anda telah menyiapkan proses pembelajaran yang disediakan, cuba kuiz yang disediakan untuk mengukuh dan meningkatkan pemahaman anda mengenai tajuk ini. Kuiz ini berbentuk interaktif dan anda akan dapat respons dengan serta merta.

Kuiz 1 Teka-Teki Silang Kuiz 3

 

horizontal rule

 

Kesimpulan

Setiap individu mempunyai potensi dan kecerdasan. Soalan yang perlu ditanya bukan berapakah kecerdasan seseorang malah apakah jenis kecerdasan yang dimilikinya. Justeru itu, adalah tanggungjawab setiap guru untuk membantu pelajar mengembangkan potensi masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Anda seorang yang amat cerdas! Adakah anda mengetahui kecerdasan anda?

horizontal rule

Pangkal ] Atas ]